Perak Hari Ini

Politeknik Ungku Omar Rangkul Johan keseluruhan Kejohanan Pencak Silat Majlis Sukan Politeknik Malaysia & Remaja Perak 2015

IPOH: Politeknik Ungku Omar (PUO) berjaya merangkul johan keseluruhan bagi kejohanan Pencak Silat Majlis Sukan Politeknik Malaysia & Remaja Perak 2015 hari ini.

PERAKTODAY

Program ini dianjurkan oleh Politeknik Ungku Omar (POU) dengan kerjasama Majlis sukan Politeknik Malaysia dan Persekutuan Silat Kebangsaan Negeri Perak (PESAKA Perak).

Sebanyak 11 kontijen daripada 20  politeknik seluruh negeri menyertai pertandingan ini yang bermula pada 27 Mei lalu sehingga 31Mei ini yang melibatkan 15 kategori Putera manakala 11 bagi kategori Puteri.

PERAKTODAY6

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Insfrastruktur, Tenaga dan Air Negeri Perak merangkap Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Negeri Perak (PESAKA Perak) Pengerusi, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.

Zainol dalam ucapannya sebentar tadi, menyarankan supaya penganjuran program sebegini diteruskan bagi menyambung warisan bangsa kepada generasi muda.

PERAKTODAY8

“Saya amat bangga melihat generasi muda kini mula menghayati warisan bangsa dan aktiviti sukan silat seperti ini perlu digalakan dan dibuka peluang seluas-luasnya,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, aktiviti sukan perlu dijadikan fokus dalam sistem pendidikan hari ini yang berperanan sebagai pelengkap kecermelangan dalam melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

PERAKTODAY2

“Kerjasama dengan PERKASA merupakan satu langkah yang baik bagi dan perlu diperkukuhkan dari semasa ke semasa dengan penganjuran lebih banyak program untuk memartabatkan persilatan sebagai satu seni budaya Bangsa Malaysia,” katanya lanjut.

PERAKTODAY5

Turut hadir Pengarah Politeknik Ungku Omar, Datuk Md.Nor Yusof dan ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik, Datuk Mohlis Jaafar.

Pesilat Putra terbaik dimenangi Politeknik Sandakan Sabah, iaitu Mohamad Firdaus Ahmad Zuki manakala bagi pesilat puteri terbaik daripada Politeknik Ungku Omar, Siti Noor Hashafizah Abdullah.

PERAKTODAY4

Manakala bagi kategori remaja Perak, pesilat harapan dimenangi oleh Mohammad Amirul Hakeem Mohd Azmi daripada Persatuan Silat Gayong Pasak.

Sementara itu, kategori Pesilat Putra Terbaik, Muhamad Nur Aiman Nizam Izham daripada Pertubuhan Silat Gayong Malaysia manakala bagi Puteri dimenangi oleh Nurul Izzati Azharuddin daripada Lincah Perak.

Juara keseluruhan bagi kategori remaja dimenangi oleh Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia dengan memperolehi 14 emas, 9 perak dan 9 gangsa.

PERAKTODAY7

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");