Isu Panas

PRK P.Pauh: Calon BN harap proses pengundian berjalan lancar

BUKIT MERTAJAM: Calon Barisan Nasional (BN), Suhaimi Sabudin berharap proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh hari ini, berjalan lancar.

Suhaimi berkata, beliau berharap keadaan ini berterusan sehingga tamat tempoh mengundi jam 5 petang, untuk membolehkan semua pengundi menunaikan tanggungjawab berkenaan dalam suasana tenang dan selamat.

Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh itu, berkata beliau keluar mengundi awal bagi memudahkan beliau meninjau proses pengundian di pusat daerah mengundi di sekitar kawasan Permatang Pauh.

“Saya berharap semua pengundi di Permatang Pauh keluar untuk menunaikan tanggungjawab untuk mengundi.

“Alhamdulillah keadaan cuaca hari ini juga baik dan berharap BN mendapat sokongan padu daripada pengundi di kawasan parlimen ini,” katanya.

Terdahulu, Suhaimi yang tiba di SMK Guar Perahu di sini, mengundi kira-kira jam 8.10 pagi.

Beliau kemudian sempat meluangkan masa meninjau proses pengundian di sekolah berkenaan.

Suhaimi turut berkesempatan bertemu ibunya, Che Jan Ahmad, 70, dan kakaknya, Suraya Sabudin, 50 yang turut mengundi di sekolah berkenaan.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");