Perak Hari Ini

Sampul Putih Tertera Nombor Kenderaan, Timbulkan Keraguan

IPOH: Penyebaran risalah W.Rattana telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan orang awam apabila sejak kebelangkangan ini sasarannya tertumpu pada kenderaan mereka.

Ia berikutan dengan kaedah penyebarannya dengan menggunakan sampul putih yang mengandungi risalah berkenaan dan tertera nombor kereta serta diselitkan pada setiap kenderaan.

PERAKTODAY

Tinjauan Peraktoday.com.my mendapati kaedah tersebut kini ditemui di kawasan sekitar Jalan Medan Ipoh di sini pagi tadi.

Kaedah tersebut juga dipercayai diguna pakai oleh individu terbabit di sekitar Bandaraya Ipoh.

Menurut orang awam yang telah menemui sampul putih berkenaan, tindakan itu menimbulkan rasa khuatir tentang keselamatan diri dan kenderaan masing-masing.

 

“Pada mulanya saya risau melihat sampul putih tertera nombor kenderaan saya dan apabila membukanya ianya hanyalah risalah,” katanya.

Jelasnya lagi, tindakan tersebut mengakibatkan kegusaran mengenai keselamatan dan diharapkan pihak berwajib boleh memantau perkara ini.

“Apa motif penyebaran risalah ini dan ini menjadikan saya takut berikutan sampul itu tertera nombor kenderaan saya,” katanya.

Sementara itu menurut orang awam yang ingin dikenali sebagai Azman pula, tindakan tersebut semakin menjadi-jadi sejak akhir ini termasuklah di beberapa kawasan seperti tempat meletak kenderaan pasaraya.

“Saya harap pihak berwajib pantau perkara ini kerana ianya menimbulkan kegusaran kepada orang ramai,” katanya lagi.

Risalah tersebut beralamat di Ayer Lanas, Kelantan dan menyatakan tujuan penyebarannya sekadar untuk memberikan bantuan ramalan kepada yang memerlukan.

PERAKTODAY2

Orang ramai dinasihati supaya tidak mudah tertipu dengan taktik penyebaran risalah berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");