Sukan Hari Ini

Tumpas tapi Kien Keat puas

Kuala Lumpur: Cabaran Malaysia pada saingan Terbuka Australia berakhir semalam selepas wakil tunggal Koo Kien Keat (gambar) -Tan Boon Heong tewas kepada pilihan keenam dari China, Liu Xiaolong-Qiu Zihan di suku akhir.

Bekas beregu utama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu tewas straight set 21-11, 21-19 pada perlawanan yang memakan masa 40 minit.

Kien Keat berkata, pencapaian mara ke suku akhir sudah cukup memberi kepuasan kepada dirinya serta Boon Heong kerana mereka tidak menjangka mampu mara sejauh itu.

“Bagi saya kejayaan ini bonus untuk kami. Kami perlu beraksi pada pusingan kelayakan, sudah tentu mengerah lebih banyak tenaga.

“Apapun masih banyak perlu diperbaiki. Tidak banyak yang boleh saya komen mengenai perlawanan ini,” katanya.

Kien Keat yang keluar daripada BAM pada Februari tahun lalu sebelum diikuti Boon Heong berkata, mereka sudah melakukan yang terbaik.

“Yang pasti kami bertekad untuk memberi cabaran lebih sengit pada kejohanan selepas ini,” katanya.
– http://www.hmetro.com.my

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");