Sukan Hari Ini

UM,UiTM ‘kilang’ atlet

Kuala Lumpur: Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mengalu-alukan pemilihan Universiti Malaysia (UM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) selaku pusat kecemerlangan badminton dan bola sepak dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkata, pemilihan UM sebagai pusat kecemerlangan sukan itu akan menjadikan institusi pengajian tinggi itu sebagai pusat pengumpulan bakat selain terarah kepada wahana perpaduan.

Norza berkata, selepas ini BAM mungkin tidak berdepan masalah program akar umbi dan persatuan negeri pula mampu bekerjasama dengan baik bagi menyalurkan pemain mereka ke pusat kecemerlangan berkenaan.

“Selepas ini BAM akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan bagi mendapat maklumat lebih terperinci. Kami akan lihat bagaimana niat kerajaan untuk memastikan perkara ini dijalankan secara bersama dan lancar.

“Apa yang penting, setidak-tidaknya kita bakal memiliki pusat pengumpulan bakat yang besar. Selain itu, UM juga dilihat dapat membantu beberapa perkara berkaitan dengan sains sukan dan penyelidikan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Norza yang juga Bendahari Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkata, pemilihan UiTM untuk menjadi pusat kecemerlangan bola sepak juga bakal memberi faedah besar sekali gus memastikan negara tidak ketandusan bakat.

“Perkara ini juga akan diperluaskan dengan baik di peringkat kampung, daerah dan negeri,” kata Norza.
Sementara itu pihak pengurusan UiTM meluahkan rasa bangga kerana diberi kepercayaan untuk menjadi pusat kecemerlangan bola sepak.

Naib Canselor UiTM Tan Sri Sahol Hamid Abu Bakar berkata, pada asasnya UiTM bersedia menerima tanggungjawab yang diamanahkan kerana bola sepak antara sukan paling utama di institusi pengajian tinggi itu.

Katanya, pasukan bola sepak UiTM pernah muncul juara buat dua tahun berturut-turut Liga Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diperkenalkan pada 2008 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selain UiTM turut dipilih pusat kecemerlangan bola sepak IPT.

“Bagi meningkatkan pembabitan UiTM dalam pembangunan bola sepak, MOU antara UiTM, FAM dan penubuhan Akademi Bolasepak Negara UiTM-KPM diwujudkan pada 9 Oktober lalu,” katanya.

Justeru, Sahol yakin pemilihan UiTM sebagai pusat kecemerlangan bola sepak mampu melonjakkan peranan institusi itu dalam pembangunan bola sepak negara.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");