Berita Hari Ini

Persatuan Adat Asal Bidoyoh Sarawak Mahu Dokumentasi Adat Asal Kaum Bidayuh

KUCHING: Persatuan Adat Asal Bidoyoh Sarawak (PAABS) yang diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) tiga bulan lepas, merancang untuk mendokumentasikan semua adat tradisi serta aktiviti Gawai yang diamalkan masyarakat Bidayuh.

Presidennya Meseng Magim berkata langkah untuk mendokumentasikan adat tradisi Gawai yang pernah dan sedang diamalkan suku kaum itu perlu dibuat untuk rujukan generasi baru.

“Ramai generasi baru kaum Bidayuh sekarang tidak tahu adat asal kaum mereka sendiri, malah tidak tahu apa tujuan Gawai diadakan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pihaknya juga bercadang untuk menganjurkan bengkel berkaitan adat asal dan Gawai amalan kaum itu tidak lama lagi.

Katanya, dengan peruntukan yang diterima daripada beberapa wakil rakyat pihaknya berharap untuk mengadakan bengkel berkenaan dalam masa terdekat.

Beliau berkata keahlian PAABS terbuka kepada semua suku kaum Bidayuh di seluruh negeri Sarawak.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");