Jenayah

Bukan nahas biasa

Kuantan: Mayat wanita tanpa pakaian dan hanya dibalut selimut tebal berwarna putih yang ditemui selepas terbabit kemalangan di Kilometer 163, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Maran, Sabtu lalu, membongkar rahsia dia sebenarnya mangsa bunuh.

Ia berdasarkan keadaan mayat mangsa, Noor Salwana Wahab, 27, dari FELDA Chini 4, Pekan, tidak mempunyai cedera dan hanya kesan lebam di tangan disyaki meninggal dunia akibat lemas.

Ketua Polis Daerah Maran Deputi Superintendan Mat Rizal Mat Radzi berkata, dalam kejadian jam 9.20 pagi, hari kedua Aidilfitri itu, sebuah Perodua Viva dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun terbabas dan melanggar penghadang jalan.

Beliau berkata, ketika kejadian, lelaki dari Bandar Al Muktafi Billah Shah, Terengganu, mendakwa dia bersama mangsa dalam perjalanan dari ibu kota menghala ke Kuantan.

Katanya, kejadian itu menyebabkan wanita itu maut, manakala lelaki berkenaan patah tulang rusuk dan dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH), Temerloh.

“Bagaimanapun, siasatan mendapati tiada kesan brek ditemui di tempat kejadian.

“Laporan bedah siasat terhadap wanita itu di Hospital Jengka, Maran, pada 19 Julai lalu mengesahkan mangsa maut akibat lemas dipercayai dijerut leher.

“Sehubungan itu, polis menahan reman lelaki berkenaan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran sehingga 28 Julai depan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana bunuh,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, suspek pada mulanya memberitahu polis dia dan mangsa bertolak dari Kuala Lumpur pada jam 10 malam Jumaat lalu, sebelum singgah di Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Temerloh.

Katanya, suspek mendakwa mereka mengadakan hubungan seks di dalam kenderaan di situ sebelum meneruskan perjalanan keesokannya.

“Suspek juga mendakwa tiga tahun mengenali mangsa. Bagaimanapun, polis mengesyaki ada unsur jenayah selepas pemeriksaan dalam kenderaan mendapati tiada pakaian atau coli milik mangsa.

“Polis menemui dua beg pakaian masing-masing dipercayai milik suspek dan mangsa,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat ibu mangsa, wanita itu dipercayai bertunang dengan seorang lelaki berasal dari Perak.

Difahamkan, ketika kejadian, wanita itu tidak bercuti kerana bekerja pada Aidilfitri.
Mat Rizal berkata, ibu mangsa juga tidak mengenali suspek dan tidak mengetahui hubungan anaknya dengan lelaki berkenaan.

“Berdasarkan siasatan awal, polis percaya mangsa dibunuh di hotel bajet di Selangor sebelum mayatnya dibawa dalam kenderaan dipandu suspek,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");