Sukan Hari Ini

Laluan getir

Petaling Jaya: Tiga wakil negara Frenz United A dan B serta FELDA United bakal membawa cabaran negara dalam edisi ketiga kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) di Stadium Hang Tuah, Melaka, dari 5 Ogos hingga 18 November.

Bagaimanapun peluang mereka untuk menjulang kejuaraan bukan mudah apabila lima pasukan akademi luar termasuk pasukan pilihan Kashima Antlers dari Jepun dan Chonburi FC (Thailand) bakal menjadi halangan.

Melengkapkan lagi penyertaan kali ini PVF Vietnam (Vietnam), Phnom Penh Crown FC (Kemboja) dan skuad Bawah 18 India.

Presiden Frenz United FC Datuk Ihsan A Hamid berkata, penganjuran kali ketiga itu membuktikan kejohanan itu terus mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

“Selepas dua tahun menganjurkannya, kami cukup berbangga dengan pencapaian ini kerana ACT membantu meningkatkan mutu dan pembangunan bola sepak di negara yang menyertai kejohanan ini.

“Ramai pemain dari kelab bertanding sudah mewakili negara di kejohanan peringkat AFF dan AFC. Kami berharap untuk meneruskannya ke tahap lebih tinggi,” katanya pada majlis pengumuman penganjuran kejohanan itu semalam.

Berdasarkan undian, Frenz United A, FELDA United, Chonburi FC dan B-18 India akan berentap dalam Kumpulan A manakala Kumpulan B membabitkan Kashima Antlers, Frenz United B, PVF Vietnam dan Phnom Penh Crown FC.

Selepas selesai saingan peringkat kumpulan, dua pasukan terbaik kumpulan akan melangkah ke separuh akhir bagi aksi timbal balik pada 28 Oktober dan 4 November manakala final akan berlangsung pada 11 dan 18 November.

– http://www.hmetro.com.my

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");