Sukan Hari Ini

Wajib tewas Jepun

Malaysia tidak mempunyai pilihan untuk melangkah ke suku akhir acara bola sepak Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2015 apabila perlu menewaskan Jepun dalam aksi terakhir peringkat kumpulan esok.

Malaysia yang menewaskan Iran 1-0 semalam kini bersaing dengan Brazil (terikat tiga mata) bagi merebut baki satu lagi tempat ke suku akhir selepas Jepun hampir pasti mara apabila melakar dua kemenangan berturut-turut.

“Kita memerlukan mata penuh menentang Jepun, tiada jalan lain. Jika seri atau gagal mendapatkan jaringan, mungkin kita akan terkeluar,” kata jurulatih negara Datuk Ong Kim Swee.

Namun kemenangan dibayar dengan harga mahal apabila kapten yang juga perancang tengah Saiful Riduwan Selamat dan penyerang A Thamil Arasu tidak dapat diturunkan susulan dua kad kuning dan digantung satu perlawanan.

Terdahulu dalam aksi menentang Iran, Kim Swee hanya melakukan satu pertukaran dalam kesebelasan utama yang tewas kepada Brazil iaitu merehatkan Annas Rahmat dan memasukkan Mohamad Nursalam Zai
nal Abidin selain mengubah posisi Adam Nor Azlin dari bahagian tengah ke pertahanan tengah tampak menjadi mencatat kemenangan.

Mohamad Amirul Hisyam Awang Kecik melepaskan rembatan kencang di luar kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol lawan selepas menyambut hantaran Nursalam minit ke-13 pada perlawanan di Stadium Bolasepak Mokpo.

Iran cuba memburu gol penyamaan sepanjang baki perlawanan namun kekentalan pertahanan negara selain kecekapan penjaga gol Mohd Farhan Abu Bakar memastikan tiga mata dimiliki skuad negara.

“Hari ini (semalam) kita berjaya menjaringkan gol apabila mendapat peluang dan pada masa yang sama tidak memberikan sepakan percuma atau melakukan perkara yang memudaratkan pasukan. Ia antara faktor membawa kemenangan ini,” jelasnya.

Bagaimanapun Kim Swee mengingatkan anak buahnya agar lebih matang apabila mendahului lawan dengan mengawal tekanan dengan lebih baik.

– http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");