Sukan Hari Ini

Aura Chong Wei

KEJUARAAN diraih Datuk Lee Chong Wei di Grand Prix (GP) Emas Terbuka Amerika Syarikat dan GP Terbuka Kanada 2015 adalah sesuatu yang diharapkan seluruh rakyat Malaysia untuk melihat jagoan negara itu kembali berada di kedudukan nombor satu dunia.

Chong Wei kembali aktif beraksi selepas menghabiskan tempoh penggantungan akibat doping selama lapan bulan, bulan lalu untuk memperbaiki kedudukan ranking dunianya.

Jurulatih perseorangan negara, Hendrawan percaya Chong Wei tidak menghadapi masalah untuk layak ke Sukan Olimpik 2016 selepas membuktikan prestasinya masih di tahap tertinggi biarpun lapan bulan tidak beraksi.

Katanya, secara keseluruhan beliau amat gembira dengan prestasi Chong Wei yang berjaya melaksanakan tugasnya dengan baik sekali gus memadam keraguan terhadap prestasinya selepas kembali daripada penggantungan.

“Chong Wei nampak masih di tahap terbaiknya dan dia bermain dengan bagus. Selepas hampir lapan bulan tidak menikmati sebarang kejuaraan, ini permulaan yang bagus untuk Chong Wei walaupun saingan ini hanya berstatus.

“Semangatnya tidak pernah luntur malah sentiasa menunjukkan dia masih mempunyai mentaliti untuk menang seperti sebelum ini,” katanya.

Kudrat mula penat

Bagaimanapun, Hendrawan berkata, umurnya sekarang ini semakin meningkat dan beliau tidak menafikan pemain berusia 33 tahun itu sudah mula kepenatan secara mental sejak kembali daripada penggantungan

“Dia bukan penat secara fizikal, tetapi beraksi dalam dua kejohanan individu berturut-turut selepas lapan bulan digantung membuatkan dia kepenatan secara mental.

“Chong Wei juga mengakui, dia agak sukar memberikan tumpuan dalam setiap perlawanan selepas kami membuat penilaian terhadap permainannya pada suku akhir.

“Apa pun, Chong Wei terus berada di landasan yang baik dengan memperbaiki ranking dunia dari kedudukan ke-180 ke tangga. Semua ini adalah persiapan yang penting menjelang Kejohanan Dunia (di Jakarta, Ogos),” kata Hendrawan lagi.

Chong Wei yang juga pemenang dua pingat perak Sukan Olimpik akan bersama juara remaja dunia 2011, Zulfadli Zulkiffli menggalas cabaran Malaysia pada Kejohanan Dunia yang akan berlangsung di Jakarta pada 10 hingg 16 Ogos ini.

Jangan bagi tekanan

Hendrawan bagaimanapun tidak mahu mengulas mengenai sasaran yang akan diletakkan terhadap Chong Wei pada Kejohanan Dunia kali ini kerana tidak mahu memberikan sebarang tekanan kepada pemain itu.

“Kita akan berbincang dan melihat kepada keadaannya, kita tidak mahu jadi seperti dulu.

“Kita fokus kepada Sukan Olimpik tetapi setiap kejohanan kita beri tekanan kepada dia, kita beri dia ruang kerana paling penting layak ke Sukan Olimpik dan capai misi untuk meraih pingat emas,” katanya.

Chong Wei dijangka menyertai GP Emas Terbuka Taiwan 14 Julai ini dalam usaha untuk memperbaiki ranking dunia dan seterusnya mara ke Olimpik tahun depan.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");