Perak Hari Ini

Yayasan Perak Perkenal Permohonan Atas Talian

IPOH: Proses permohonan bagi Dermasiswa Yayasan Perak dijangka lebih cepat apabila sistem permohonan atas talian akan diperkenalkan kelak.

Pengurus Besar Yayasan Perak, Abdul Razak Mohamad berkata, dengan pengenalan permohonan atas talian ini, proses semakan dan kelulusan dijangka dapat dipercepatkan.

PERAK TODAY 3

“Sistem permohonan atas talian ini akan diperkenalkan bermula 15 Mac tahun hadapan.

“Dengan permohonan ini, segala proses permohonan dan semakan akan dapat dipercepatkan,”katanya dalam satu sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa Yayasan Perak Bersama Kakitangan dan Anak-Anak Yatim, di sini, hari ini.

Katanya lagi, pelajar yang akan menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda pada September ini akan dijadikan sebagai penanda aras untuk aplikasi atas talian tersebut.

“Kita akan cuba pada bulan Ogos dan September ini dimana kumpulan pelajar yang menyambung ke peringkat ijazah sarjana muda dijadikan sebagai penanda aras,”ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Yayasan Perak, Datuk Daud Mohd Yusoff turut mengumumkan pemindahan lokasi pejabat pentadbiran jabatan itu di Meru.

PERAK TODAY 2

“Kita buat kerjasama bijak (smart partnership) dimana kita iklankan tanah kita untuk mendapatkan tawaran yang terbaik.

“Kita dah tawarkan kepada satu syarikat untuk memajukan tanah kita, kemudiannya, syarikat tersebut akan memberikan kepada kita satu bangunan yang bernilai RM30 juta,”katanya.

Katanya lagi, lokasi baharu pentadbiran Yayasan Perak ialah berdekatan dengan Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Ipoh.

“Upacara pecah tanah akan dilakukan sebelum 31 Mac tahun hadapan dan bangunan tersebut dijangka siap pada 31 Mac 2018.

“Disamping itu juga, kita telah ada kerjasama untuk bangunkan tanah seluas 12 ekar di Meru,..kita akan mendapat sejumlah besar keuntungan dari situ,”katanya dalam sidang media yang sama.

Terdahulu, mereka telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa Yayasan Perak Bersama Kakitangan dan Anak-Anak Yatim yang diadakan di Casuarina@Meru.

PERAK TODAY 4

Di dalam majlis berkenaan, turut disampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim yang hadir dan juga anak-anak kakitangan Yayasan Perak.

Turut disampaikan ialah hamper kuih raya kepada kakitangan dan anggota Yayasan Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");