Perak Hari Ini

23 Lot Tanah Di Pengkalan Hulu Dirampas

IPOH: Lebih kurang 23 lot daripada 48 lot tanah telah dirampas oleh Pentadbiran Tanah Daerah Pengkalan Hulu daripada pemilik tanah kerana kegagalan membayar cukai tanah.

Selain itu, Majlis Daerah Pengkalan Hulu (MDPH) juga telah menolak permohonan kelulusan kebenaran merancang pada 30 Jun yang lalu bagi sebahagian tanah yang telah dicadangkan untuk pembangunan Northgate.

Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (BN – Pangkor) berkata, permohonan tersebut ditolak berpunca daripada ketidakpatuhan pihak pemaju terhadap kehendak teknikal dari jabatan-jabatan teknikal yang berkaitan.

Zambry yang juga Menteri Besar Perak turut berkata, pihak pemaju telah memaklumkan kepada MDPH untuk mengemukakan sekali lagi permohonan kebenaran merancang di atas bahagian tapak pembangunan tersebut dalam tempoh terdekat.

“Bagi tanah yang telah dirampas, sebahagiannya telah diletakkan di bawah kawalan MDPH dan dijadikan tempat pemunggahan buah-buahan dan barangan.

“Caj pemunggahan telahpun berkuatkuasa pada 1 April 2015 terhadap pemilik-pemilik kenderaan yang menjalankan pemunggahan buah-buahan dan barangan di sekitar sempatan Pengkalan Hulu – Betong,” ujar beliau dalam Persidangan Dewan Negeri, hari ini.

Katanya lagi, bermula pada bulan April hingga Jun tahun ini, jumlah bayaran caj pemunggahan yang telah dikuip adalah sebanyak RM8,111.

“Selain itu, kawasan tersebut juga telah dipohon bagi merizabkan kawasan terbabit sebagai kawasan pelabuhan darat Pengkalan Hulu,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");