Sukan Hari Ini

Chong Wei kembali warnai Superseries

SELEPAS hampir setahun berehat berikutan hukuman penggantungan, pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei kembali mewarnai kancah Superseries yang bakal berlangsung di Tokyo, Jepun pada 8 hingga 13 September depan.

Dalam senarai kelayakan yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kelmarin, Chong Wei disenaraikan sebagai salah seorang peserta pada pusingan ketujuh Superseries Terbuka Jepun.

“Ia baik untuk kembali beraksi dalam Superseries kejohanan BWF. Saya tidak sabar untuk Terbuka Jepun.

“Tetapi, tumpuan saya adalah di Kejohanan Dunia, yang akan diadakan di Jakarta dari 10 hingga 16 Ogos ini,” katanya.

Untuk rekod, kali terakhir beliau melakukan kemunculan dalam kejohanan itu adalah pada Terbuka Indonesia, Jun tahun lalu, di mana, Chong Wei tumpas di tangan Kenichi Tago pada aksi separuh akhir.

Sejak menamatkan hukuman lapan bulan hukuman gara-gara doping, pencapaian bintang asal Pulau Pinang itu terus meningkat dalam tempoh tiga bulan.

Apa tidaknya, daripada terperosok kedudukan 180 dunia, beliau kini menduduki ranking 45 dunia dan dalam kondisi terbaik bermain di Jepun, bulan depan.

Baru-baru ini, beliau memenangi Terbuka Amerika Syarikat dan Kanada serta meneruskan momentum permainan sebelum tunduk kepada pemain China, Chen Long di suku akhir Grand Prix Gold Terbuka Taiwan dua minggu lalu.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");