Perak Hari Ini

Delegasi Usahawan Asia Sertai Jelajah Berbasikal Sekitar Ipoh

IPOH: Seramai 60 orang usahawan muda dari negara Asia telah menyertai satu acara berbasikal mengelilingi Bandaraya Ipoh.

Program tersebut dianjurkan secara bersama oleh M Bike Sdn Bhd dengan Tourism Malaysia Perak serta Sekretariat Pembangunan Usahawan Malaysia (SAME).

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Multimedia dan Komunikasi, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, acara tersebut telah melibatkan beberapa negara.

“M Bike Sdn Bhd telah mengadakan kerjasama dengan Tourism Perak untuk mengadakan satu acara ‘Fun Bike Cycle’ dimana pada kali ini kita membawa rombongan dari Hong Kong, China, Taiwan, Singapura dan Malaysia,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

PERAK TODAY 4

Ujar beliau, acara yang dipanggil ‘Asian Country Young Entrepreneurs Interaction Cycling Tour’ tersebut dapat membuka peluang perniagaan untuk pelabur-pelabur dari luar negara.

“Pada hari ini kita lihat ada beberapa pihak yang daripada Taiwan yang ingin membawa pelaburan dimana mereka ingin melabur dalam satu sistem yang dipanggil sistem ‘Dynamic Green City Planning’ yang diperkenalkan oleh M Bike Sdn Bhd.

“Ia adalah sistem berbasikal di sekeliling pekan dimana basikal-basikal ini akan diletakkan di lokasi strategik dan pelanggan boleh menyewa dan menghantar balik ke stesen-stesen yang disediakan.

“Ini adalah seumpama yang mereka buat di London yang mana ia memudahkan pengguna menggunakan basikal di dalam pekan tanpa menggunakan kereta,” jelasnya.

PERAK TODAY 3

Nolee berkata, kesemua stesen itu dijangkakan akan mula beroperasi pada tahun 2016 dimana ianya bukan sahaja dilaksanakan di Ipoh tetapi juga di Taiping.

Tambahnya, ia bukan sahaja mampu menjadi aktiviti riadah, malahan dapat menarik lebih ramai pengunjung ke bandaraya itu dengan adanya kerjasama daripada pihak-pihak tersebut dalam mewujudkan stesen-stesen basikal.

“Semestinya ia membuka satu peluang kepada Kerajaan Negeri bagi mengambil kesempatan dengan menggunakan platform berbasikal ini sebagai penarik kepada pelancong untuk datang bercuti di sini,” tegasnya lagi.

PERAK TODAY 2

Terdahulu, Nolee telah merasmikan acara pelepasan peserta yang terlibat dalam jelajah berbasikal di Kinta Riverfront, di sini, hari ini.

Para peserta tersebut telah berbasikal dengan  jarak sejauh 5 kilometer (km) di sekitar bandaraya Ipoh.

Turut hadir sama mantan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim dan Pengarah Tourism Malaysia Perak, Ibrahim Seddiqi Talib.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");