Perak Hari Ini

Pegang Pada Perjuangan Parti – Zambry

SUNGKAI: Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berharap agar semua UMNO Bahagian berpegang pada perjuangan parti serta memelihara kestabilan parti.

Beliau yang juga Menteri Besar Perak turut berkata, kesemua ahli bagi UMNO Bahagian perlu mengelakkan perkara-perkara yang boleh membawa kepada masalah dalaman parti.

Jpeg

“Kita akan berpegang pada perjuangan parti dan juga memelihara daripada segi kestabilan parti.

“Selain itu, kesemua ahli UMNO perlu mengelakkan perkara-perkara yang boleh membawa masalah dalaman,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian UMNO Bahagian Tanjung Malim di sini, pagi tadi.

Jpeg

Katanya, semangat tiga sayap UMNO Bahagian Tanjung Malim (Wanita UMNO, Pemuda UMNO, Puteri UMNO) pada hari ini menunjukkan semangat yang baik.

“Saya lihat semangat yang ditunjukkan oleh UMNO Bahagian Tanjong Malim pada hari ini merupakan semangat yang baik.

“Semangat ini ialah semangat kesatuan ketiga-tiga sayap mereka dan kesetiaan yang mereka tunjukkan hari ini ialah kesetiaan kepada Bahagian, Negeri serta Negara,”ujarnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Zambry turut mengulas tentang mesyuarat yang diadakan di kediaman rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau menegaskan bahawa perjumpaan yang diadakan semalam hanyalah satu mesyuarat yang biasa.

“Itu cuma mesyuarat biasa dengan Perdana Menteri dan semua Perhubungan Negeri yang berkaitan dengan urus tadbir Negeri. Itu sahaja,” tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");