Jenayah

Simpan hidupan liar dalam rumah

KUALA TERENGGANU: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri berjaya merampas beberapa jenis haiwan hidupan liar dalam satu serbuan di sebuah rumah di Besut pada jam 12.45 malam, kelmarin.

Intipan yang berakhir dengan serbuan dilakukan oleh lima kakitangan Perhilitan itu membawa kepada penemuan sebanyak 26 katak, 10 ular sawa, enam kura-kura, manakala masing-masing tiga labi-labi dan baning (spesies kura-kura).

Pengarahnya, Mohd Hasdi Husin berkata, kesemua haiwan yang dirampas masih hidup dan merupakan spesies tempatan yang disimpan dalam sebuah rumah dipercayai dijadikan sebagai pusat pengumpulan.

“Kami percaya rumah ini dijadikan sebagai rumah transit atau pusat pengumpulan haiwan sebelum diedarkan kepada pembeli tertentu.

“Kami juga tidak menolak kemungkinan ia untuk dipasarkan di restoran bukan Islam untuk dijadikan sebagai makanan eksotik,” katanya kepada media yang ditemui di pejabatnya, semalam.

Seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun turut ditahan reman untuk membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010, Akta 716 Seksyen 60(1)(a) bagi hidupan liar yang dilindungi dan Seksyen 68(1)(a) bagi hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya, masing-masing membawa hukuman penalti didenda tidak lebih RM50,000 atau
penjara tidak lebih dua tahun, atau kedua-duanya, serta didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, Mohd Hasdi menyarankan orang ramai supaya mendapatkan lesen atau permit di mana-mana jabatan Perhilitan terdekat sebelum memiliki atau menyimpan spesies hidupan liar bagi mengelak perlakuan yang boleh disabitkan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 Akta 716.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");