Isu Panas

Survival politik Muhyiddin dijangka berakhir

SHAH ALAM – Selepas digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada rombakan Kabinet Selasa lalu, penganalisis menjangkakan survival politik Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Umno bakal berakhir.

Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Prof Madya Dr Darussalam Abu Bakar berkata, perkara itu boleh dilihat selepas Muhyiddin disingkirkan, beberapa bahagian dalam parti itu menarik balik jemputan bagi beliau merasmikan mesyuarat perwakilan.

Bahagian berkenaan adalah Umno Bahagian Raub di Pahang dan terbaru, Umno Bahagian Sungai Besar yang turut berbuat demikian.

Ujarnya dalam Umno, Muhyiddin dianggap sebagai pemimpin yang tidak dialu-alukan dalam pentadbiran Datuk Seri Najib Razak kerana sikapnya yang vokal dan mengkritik, bukanlah budaya Umno.

“Kalau dalam mesyuarat boleh, tetapi sehingga menjadi viral di media massa menyebabkan kepimpinan Umno menganggap perkara itu tidak sepatutnya berlaku kebocoran sebegitu di kalangan pemimpin.

“Ini kerana Umno masih lagi dengan cara konservatif dan masih kuat sikap Melayu lamanya,” ujarnya.

Menurutnya, di situ sudah jelas, sikap play safe ahli Umno dan tidak mustahil Muhyiddin akan dikorbankan.

Katanya lagi, suara senyap dalam parti melihat tindakan Muhyiddin itu begitu trending dalam meremajakan parti, namun kepimpinan tertinggi parti tidak menganggapnya sedemikian.

“Hal ini yang menyebabkan yang lain dalam parti terpaksa ikut kerana Presiden yang mengawal segala-galanya.

“Untuk play safe bukanlah mustahil bagi Muhyiddin dikorbankan,” katanya.

Ujarnya lagi, selepas pengundurannya, Muhyiddin dilihat tidak agresif dan menerima keputusan perdana menteri dengan hati yang terbuka.

“Saya fikir survival politik Muhyiddin bergantung kepada beliau sendiri sama ada untuk kekal atau hilang daripada arus perdana. Perkara itu sukar dijangkakan dan ini bergantung pada apa yang berlaku dalam tempoh terdekat.

“Ini juga bergantung pada faktor luaran lain seperti peranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");