Sukan Hari Ini

Awas Titans!

Kuala Lumpur: Kekalahan 0-3 kepada Kelantan Sabtu lalu sudah cukup mengejutkan juara Piala Malaysia 32 kali, Selangor untuk segera kembali mempamerkan kebangkitan.

Kapten Selangor Shahrom Abd Kalam berkata, kekalahan di Stadium Shah Alam itu menyemarakkan semangat mereka untuk memburu kemenangan apabila menentang T-Team, hujung minggu ini.

“Kekalahan itu seolah-olah mengejutkan kami, perlu bangkit untuk meraih kemenangan selepas ini.

“Amat merugikan apabila hilang mata di laman sendiri. Namun, untuk aksi menentang T-Team di Kuala Terengganu, kami mendapat suntikan semangat dengan kembalinya beberapa pemain yang mengalami kecederaan dan digantung,” katanya.

Kecuali Nazmi Faiz Mansor yang masih digantung, Merah Kuning dijangka mendapat kembali khidmat Hazwan Bakri, K Gurusamy dan Robert Cornthwaite.

“Kehadiran mereka akan memantapkan pasukan kerana lawan juga tidak boleh dipandang mudah. Saya difahamkan mereka turut mempunyai pemain import yang bagus.

“Jadi, kesilapan ketika bertemu Kelantan tidak boleh diulangi. Kami tidak boleh hilang fokus dan memberikan lawan peluang menjaringkan gol mudah seperti tempoh hari,” ujarnya.

Selangor tidak mempunyai pilihan sekiranya mahu membuka peluang ke suku akhir selain melakar kemenangan ke atas T-Team yang dilabel pasukan paling lemah dalam Kumpulan C kerana Kelantan dan FELDA United kini selesa dengan tiga mata.

– http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");