Isu Panas

Kes saman: SPR serah kepada Jabatan Peguam Negara

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menyerahkan kepada Jabatan Peguam Negara berhubung arahan pembelaan terhadap saman yang difailkan pembangkang berhubung dakwaan perbelanjaan berlebihan dalam kempen PRU13.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata oleh itu, Jabatan Peguam Negara akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

?”Jadi Jabatan Peguam Negara akan buat proses perundangan dan akan respons pada arahan mahkamah untuk failkan pembelaan dan sebagainya.

“Untuk perkembangan lanjut pada 9 Oktober ini akan tahulah, di mana mahkamah akan putuskan untuk bagi arahan lanjut, selepas semua dokumen siap, pembelaan dimasukkan oleh semua pihak, mahkamah akan tetapkan perbicaraan,” katanya kepada media di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya, hari ini.

Semalam, media melaporkan, Mahkamah Tinggi mengarahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan tiga lagi individu termasuk SPR memfailkan pembelaan mereka terhadap saman yang difailkan pembangkang itu.

SPR diberi tempoh sehingga 14 September untuk mengemukakan pembelaan mereka.

?Plaintif dalam saman itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini menjalani hukuman 5 tahun penjara atas kesalahan meliwat bekas pembantunya; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail serta ahli Harapan Baru, Dr Dzulkefly Ahmad.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");