Perak Hari Ini

Bot Karam : Semua Pihak Perlu Bekerjasama Atasinya– KP Perak

IPOH: Ketua Polis Perak, Datuk Osman Salleh mengharapkan kerjasama daripada semua pihak termasuk orang awam, badan bukan kerajaan (NGO) serta agensi penguatkuasa untuk mengelakkan kedatangan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan kejadian bot karam berulang lagi.

Katanya lagi, dengan kerjasama daripada semua pihak, masalah PATI ini pasti akan dapat dikurangkan.

“Penduduk yang mana mengetahui tentang apa juga maklumat-maklumat sebegini (kedatangan PATI) kena beri maklumat kepada kita.

“Saya percaya, ada sumber-sumber yang tahu tentang dimana kegiatan pendaratan dan pelepasan ini berlaku,”katanya ketika diminta untuk mengulas berkaitan isu bot karam di Perairan Tanjung Sauh yang berlaku semalam.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Gaya Hidup Sihat Anjuran Bersama Jawatankuasa Pembangunan Polis Wanita (JPPPW) dan Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Perak, hari ini.

PERAK TODAY 1

Osman turut percaya bahawa kesemua mangsa bot karam yang berlaku di Hutan Melintang, semalam, telah diperdayakan oleh pihak-pihak tertentu.

“Seperti yang disebutkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tengah hari tadi, perkara ini telah dipermudahkan untuk mereka balik ke Negara asal mereka dengan membuat cara yang betul, tetapi mereka masih memilih cara sebegini.

“Saya percaya mereka ini telah diperdaya oleh pihak-pihak tertentu kerana kalau mereka balik ikut prosedur yang betul, insiden seperti ini tidak mungkin akan berlaku.

“Inilah yang kita khuatiri bila mengikuti cara yang tak betul, nyawa menjadi percaturan. Saya harap perkara ini tidak akan berulang lagi,”tegasnya.

Katanya, sehingga kini, kesemua mangsa sama ada yang terkorban atau yang terselamat tidak mempunyai sebarang dokumentasi yang sah.

Tambahnya lagi, pemantauan sentiasa dilakukan oleh pihak polis dan anggota penguatkuasa sepanjang pantai di negeri itu.

“Memang ada pemantauan dan ada orang kita tahan, sama ada mahu berlepas atau mendarat. Pemantauan ini kita lakukan secara berterusan,”ujarnya.

Osman berkata, lokasi pendaratan atau berlepas amat sukar untuk dikesan kerana ianya tidak tetap dan sering bertukar.

“Untuk lokasi, asalkan ianya boleh dijadikan tempat untuk kapal rapat ke pantai, ia akan menjadi tempat lokasi untuk mereka berlepas. It can be anywhere (Ia boleh jadi di mana-mana sahaja),”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");