Perak Hari Ini

Laksana Tanggungjawab yang Diberi -DS Zambry

MANJUNG: Semua ahli-ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Manjung (MPM) yang telah dilantik diingatkan untuk melaksanakan tanggungjawab yang diberi kepada mereka dengan sebaik-baiknya tanpa memberikan sebarang alasan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, ia berikutan segala tindak tanduk mereka sedang diperhatikan oleh rakyat.

Beliau juga telah memberi amaran untuk memecat ahli Majlis yang tidak melaksanakan tugas dan peranan mereka terhadap rakyat.

“Perlantikan menjadi ahli majlis merupakan satu amanah yang diberikan dan ianya bukanlah satu keistimewaan.

“Mana-mana ahli majlis yang tidak melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan, mereka akan dipecat,” katanya.

PERAK TODAY 4

Beliau berkata demikian dalam ucapannya selepas menyampaikan watikah perlantikan kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung yang baharu, Azizan Abd Muin di sini, hari ini.

Ujarnya, ahli-ahli majlis yang dilantik adalah merupakan pihak yang mewakili kerajaan dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka.

“Dalam suasana yang ada pada masa ini, kita hendaklah menunjukkan bahawa kita adalah wakil kerajaan yang ada, hendaklah memastikan walau apa yang kita laksanakan, kita adalah wakil kerajaan.

“Imej yang dibawa oleh tuan-tuan dan puan-puan adalah imej kerajaan. Kegagalan dalam melaksanakan tugas juga melambangkan kegagalan kepada kerajaan. Oleh sebab itulah kita mahu memastikan ahli-ahli majlis dapat melaksanakan tugas,” tegasnya.

PERAK TODAY 2

Beliau juga menegaskan bahawa ahli-ahli majlis adalah pemegang dan pelaksana amanah yang perlu bersama-sama dengan Yang Dipertua untuk melaksanakan apa yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Sikap lepas tangan dan hanya mencari alasan-alasan untuk tidak melaksanakan tugas dengan sebaik-baiknya akan melambatkan segala dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

“Sikap ini adalah tidak bertanggungjawab kerana kita adalah kakitangan awam. Menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan supaya apa sahaja yang ditetapkan perlu dilaksanakan dan hasilnya nanti dapat diperolehi bersama,” kata beliau lagi.

PERAK TODAY 1

Terdahulu, beliau telah menyaksikan Majlis Angkat Sumpah Penerimaan Jawatan Sebagai Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung, Azizan Abd Muin sebagai Yang Dipertua MPM yang baharu.

Turut hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim.

Perlantikan Azizan sebagai Yang Dipertua MPM yang berkuatkuasa pada 17 Ogos yang lalu adalah untuk menggantikan Datuk Zamri Man yang telah dilantik sebagai Datuk Bandar Ipoh.

PERAK TODAY 7

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");