Perak Hari Ini

Kuala Kangsar Lokasi Pertama Projek Perintis Inovasi, Perakuan Nikah Segera

KUALA KANGSAR: Daerah Kuala Kangsar dipilih sebagai lokasi pertama  penganjuran projek perintis Inovasi Jabatan Agama Islam Perak 2015 iaitu pengeluaran Perakuan Nikah Segera yang bertujuan memudahkan proses pernikahan bagi pasangan yang merancang untuk mendirikan rumah tangga.

Perakuan Nikah Segera ini juga merupakan salah satu projek perintis yang dilaksanakan buat pertama kalinya di Malaysia anjuran Bahagian Pembangunan keluarga Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dengan kerjasama Pejabat Pentadbiran Agama Islam Kuala Kangsar .

Majlis Pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Mohd Nizar Zakaria bertempat di Dewan Pejabat Pentadbiran Agama Islam, Kuala Kangsar hari ini.

PERAKTODAY3

Ujar beliau, projek perintis ini mempunyai kelebihan daripada segi tempoh masa permohonan kebenaran lelaki dan tempoh masa permohonan kebenaran perempuan yang ternyata adalah lebih cepat.

“Apabila seseorang yang ingin melangsungkan perkahwinan jadi salah dia akan mengisi maklumat melalui dalam talian (online) dicetak dan kemudian berjumpa dengan penolong pendaftar perkahwinan di setiap kawasan dan memberikan gambaran maklumat yang diperlukan.

“Maklumat tersebut itu akan dihantar ke Pejabat Agama untuk dimasukkan segala data dan perubahan yang ingin dilakukan seterusnya pihak pemohon akan memaklumkan kepada jurunikah dan Pejabat Agama Daerah untuk kelulusan,” katanya.

PERAKTODAY2

Tambahnya lagi, jika segala proses berjalan lancar, perakuan sijil nikah boleh diperolehi pasangan tersebut pada hari pernikahan mereka.

“Ini adalah satu inisiatif teknologi terkini, kerajaan negeri Perak khususnya Jabatan Agama Islam tidak ketinggalan memberikan kemudahan kepada mereka.

“Projek perintis inovasi Jabatan Agama Islam negeri Perak iaitu perakuan nikah segera ini dilaksanakan di Daerah Kuala Kangsar buat pertama kalinya dan sebagai contoh untuk beberapa bulan pelaksanaannya,” katanya lagi.

Tambah Nizar lagi, sekiranya pelaksanaan ini berjaya ianya dijalankan seluruh daerah di negeri Perak.

“Proses ini adalah untuk memudahkan dan mengambil masa yang singkat, tidak seperti dahulu yang mengambil masa yang panjang dan lama,” ulasnya lagi.

Ujarnya lagi, menadaptasi teknologi kini ianya boleh dimanfaatkan malah aplikasi ini juga telah mengambil contoh daripada JAKIM dan ianya juga mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik.

PERAKTODAY1

Beliau turut memberi saranan supaya di Peringkat Jabatan Agama khususnya dibahagian pembangunan Keluarga supaya dapat menyimpan data simpanan untuk pihaknya bagi mengelakkan masalah dikemudian hari.

“Ini sistem untuk memudahkan pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan kerajaan ngeri berharap projek ini mampu dijadikan penanda aras untuk kita kembangkan ke peringkat daerah lain,” katanya lagi.

Bagi pasangan yang ingin mengetahui mengenai perkhidmatan ini boleh melayari laman sesawang di www.sspim.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Antara kelebihan inovasi ini adalah, pasangan juga akan mendapat sijil segera semasa hari pernikahan, pemohon juga hanya akan hadir sekali sahaja ke pejabat untuk urusan pernikahan dan ianya merupakan penggunaan aplikasi khidmat Atas talian (online) secara sepenuhnya.

Capaian untuk mencari maklumat juga lebih cepat dan sistematik selain daripada sistem keselamatan maklumat perkahwinan yang canggih.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");