Perak Hari Ini

OP Gangga : Malaysia – Amerika Syarikat Optimis Misi Bawa Keluar Rangka Manusia Berjaya

BERUAS: Misi membawa pulang tiga rangka manusia yang dipercayai merupakan warganegara Amerika Syarikat yang terbunuh dalam kejadian pesawat Dakota C-47B dikenalpasti berlaku di Gunung Bubu, Beruas pada tahun 1945 masih dijalankan dan dijangka tamat pada November depan bergantung kepada perkembangan penyelidikan selepas ini.

Menerusi projek ekskavasi yang diberi nama OP Gangga melibatkan penyertaan Kementerian Pertahanan (MINDEF), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pihak AS Defense POW/MIA Accounting Agency (DPAA), Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat sejak 17 ogos lalu.

Misi OP Gangga dipilih berdasarkan kepada kawasan pencarian pesawat C47B terhempas dan lokasi rangka mangsa warga AS itu yang berada di kawasan Beruas juga terkenal dengan kewujudan Kerajaan kuno kurun ke-2 iaitu Gangga negara.

PERAKTODAY9

Menurut Ketua kumpulan pakar Disaster Victim Identification (DVI) Malaysia, Brig Jen. Datuk Dr Mohd Ilham Harun penemuan rangkat pesawat Dakota yang telah hilang sejak 1945 menunjukkan kerjasama kerajaan Malaysia dengan Amerika Syarikat telah terjalin sekian lama sejak daripada peperangan dunia kedua lagi.

Ujarnya, kerjasama itu juga tidak terhadap kepada kerjasama daripada ekonomi sahaja tetapi juga dari segi ketenteran malah secara kasarnya tidak semua  mengetahui mengenai penglibatan AS  di Malaysia selama ini.

Tambahnya lagi, melalui penemuan rangka pesawat ini juga menunjukkan penglibatan daripada DPAA AS  dan tanggungjawab Malaysia untuk membantu mereka bagi proses pencarian kali ini.

“Ini adalah hanya satu bantuan kecil sahaja daripada kerajaan Malaysia kepada kerajaan AS berbanding keperluan yang diberikan oleh mereka.

“Dengan kerjasama dan eskavasi ini kita berpeluang mempelajari dengan penubuhan satu agensi deparment Prisor of War (POW) Missing in Action, Accounting Agency yang bertanggungjawab menjaga tentera yang hilang di perbatasan dan membantu mengembalikan ke negara asal,” katanya.

Tambahnya lagi,  MINDEF sendiri turut berhasrat bagi mengadakan agensi yang serupa bagi memberi penekanan kepada kebajikan anggota ATM yang bukan sekadar bertugas di Malaysia malah serata dunia.

“Bukan hanya bekerjasama dengan DPAA, ini termasuklah Australian war Memorial yang meminta bantuankepada kerajaan Malaysia untuk membawa semula mangsa perang Vietnam yang dibawa di Malaysia dan disemadikan di Komanwel Grave di Kem Terendak Melaka untuk membawa kembali ke Australia

“Dijangka satu inisiatif yang dilakukan selepas operasi ini, pengajaran yang diambil bagi menadaptasi kaedah DPAA dan Australia War Memorial berpandukan sejarah ketenteraan di Malaysia,” katanya.

Katanya lagi, misi seperti ini tidak akan terhenti disini sahaja kerana masih terdapat kes kehilangan pesawat di Malaysia, dan Borneo dan bantuan akan datang.

“Selepas ini akan mengadakan fasa penyelidikan dengan mengkaji bahan bukti yang diperolehi daripada eskavasi sebelum menentukan barangan tersebut kepunyaan pesawat tersebut.

Misi ini juga melibatkan seramai lebih 110 orang anggota termasuklah DPAA dari Hawaii, Muzium Tentera Darat (TD) sebagai ketua peneraju dengan sokongan Markas Tentera Darat dan Markas Tentera Udara.

Antara agensi yang turut sama terlibat seperti Jabatan Perhutanan negeri Perak, institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) dan Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG), Universiti Sains Malaysia (USM).

PERAKTODAY3

Sejarah Peristiwa

Pesawat tersebut dikenalpasti sebagai Douglas C-47B-1-DL Skytrain yang melakukan penerbangan pada 27 November 1945 dari Singapura menuju ke lapangan Terbang Butterworth dan hanya dapat dikesan ketika di ruang udara Melaka dan seterusnya terputus hubungan.

Operasi bagi mengesan pesawat berkenaan dijalankan oleh pesawat USAAF dengan dibantu oleh beberapa pesawat lain dari RAF namun tiada sebarang penemuan dilaporkan.

Operasi diteruskan dan berakhir pada 16 Disember 1945 dan semua krew yang terlibat diklasifikasikan sebagai missing In Action (MIA) dan pada 28 November 1946, krew pesawat ini disenaraikan sebagai Killing In Action (KIA).

Penemuaan rangka pesawat bekenaan mula dilaporkan pada tahun 1996 apabila ianya dikesan melalui udara dengan nombor siri dibahagian ekor pesawat jelas kelihatan “316261” serta lambang emblem Air Transport Command.

Manakala pada pertengahan Julai 1966, Jurucakap Pentagon turut mengesahkan menerima permintaan ibu krew pesawat F/Lt William H.Myers dan Mrs Edith R.Myers yang berusia 72 tahun agar pencarian mangsa di lakukan namun tiada tindakan susulan.

Pada tahun 1995 lokasi nahas sekali lagi ditemui pula oleh pencari rotan malahan wakil rasmi dari Muzium Negara dan Muzium Angkatan Tentera juga menyatakan perancangan bagi melakukan tinjauan ke tapak nahas namun masih belum ada sebarang tindakan berkenaanya.

Seterusnya pada tahun 1997, ketua Penyelidik Muzium TD Memaklunkan mengenai tiga pesawat Amerika Syarikat didapati telah terhempas di Malaysia iaitu pesawat B29 Superfotress di negeri Sembilan, dan dua pesawat Dakota di Perak.

Terdapat tiga mangsa Pesawat Dakota C-47B iaitu, Juruterbang Judson B.Basket, penolong juruterbang William H.Myers dan juruaudio PFC Donald E.Jones.

PERAKTODAY12

Usaha misi OP Gangga

Cadangan membawa pulang rangka mangsa nahas pesawat ini dikemukankan oleh Kerajaan Amerika Syarikat melalui DPAA yang berpangkalan di Hawaii.

Bagi melancarkan kerjasama berkenaan jawatankuasa Kerja Eskavasi Pesawat USAAF MACR#15001 yang diterajui oleh Bahagian Dasar, MINDEF pada 26 Febuari 2015 dan bersetuju melantik Muzium TD selaku leading authority dan melibatakan juga penyertaan pakar DPAA dari AS serta agensi kerajaan berkaitan Malaysia.

Sementara itu pihak DPAA mengesahkan hanya rangka manusia rakyat AS atau ‘personnel effects’ yang mampu mengenal pasti identiti krew sahaja yang akan dibawa pulang.

Lantas, MINDEF melantik kumpulan pakar Disaster Victim Identification (DVI) daripada bahagian Perkhidmatan kesihatan ATM, Jabatan Kimia Malaysia dan Institut Perbuatan Forensik Negara (IPFN) untuk membantu dalam aspek carigali dan pengesahan identiti rangka manusia secara spesifik.

Sementara itu, menurut Ketua DPAA, Kapten Gregory Ellsworth Lych operasi ini sangat berharga buat negaranya  setelah mengambil kira mengenai kebajkan mangsa dan tugasnya adalah untuk memastikan pasukan ketenteraan AS yang terkorban dapat pulang ke pangkuan keluarga.

“Kami berjanji setelah anda bertarung mempertahankan negara,kami akan pastikan anda keluar, kami akan mencari anda dan pastikan kamu balik semula ke tanah air biarpun seberapa lama masa yang diambil.

“Kami sangat seronok berkerjasama dengan Malaysia dalam misi ini dan cukup bermakna mereka sangat membantu kami disini dan operasi juga berjalan cukup lancar,” katanya.

Bagi Ahli Arkeologi DPAA, DR Owen Luck O’Larry pula bukti kepunyaan dipercayai milik mangsa sedang giat dikesan tetapi pada masa ini keputusan mengenai hasilnya tidak boleh umumkan sehingga penyiasatan dan penyelidikan selesai

“Ianya melibatkan mengenai kehilangan mangsa dan tidak mahu memberitahu sebelum penyelidikan mengenainya terlebih dahulu,” katanya.

Beliau mengulas, hasil pemeriksaan di kawasan lokasi pesawat tersebut terhempas  telah berjaya menjumpai kedua sayap pesawat, dua enjin dan ekor pesawat namun bagaimanapun koptik pesawat telah pecah kepada serpihan dan menyukarkan kajian.

“Kami berharap dapat menjumpai mangsa pesawat dan dihantar semula kepada keluarganya dan terus berkerjasama dengan pihak Malaysia,” katanya.

Tambahnya lagi, keluasan pencarian  meliputi 190 meter persegi dan pihak AS turut menaruh kenyakin untuk menjumpai rangka mangsa pesawat itu untuk dibawa ke negara asal.

“Kesukaran utama dalam operasi ini adalah mengenai cuaca apabila hujan menyebabkan bahan bukti perlu dibersihkan terlebih dahulu,” katanya.

Operasi Op Gangga ini dijangka berakhir sepenuhnya pada akhir November sekitar 15 hingga 20 November depan dengan penyerahan secara rasmi kepada pihak AS daripada kerajaan Malaysia.

PERAKTODAY16

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");