Berita Hari Ini

UTeM bantu pelajar kurang mampu

DURIAN TUNGGAL: Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menawarkan pengajian di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda bagi sesi 2015/2016 kepada 135 individu di bawah Program Bottom 40 (B40).

Naib Canselor, Prof. Datuk Dr Shahrin Sahib berkata, tawaran itu diberikan kepada mereka yang terdiri daripada kalangan keluarga berpendapatan isi rumah bawah RM3,000.

Menurutnya, daripada jumlah berkenaan seramai 53 orang bakal meneruskan pengajian di peringkat diploma sementara 82 pelajar bagi ijazah sarjana muda.

“Program ini kali kedua dilaksanakan UTeM dan sambutan yang diterima amat menggalakkan lebih-lebih lagi kita turut mendapat bantuan daripada pemimpin setempat bagi mengenal pasti pelajar berkelayakan.

“Kita mahu membantu pelajar daripada golongan ini iaitu ibu bapa yang berpendapatan rendah atau orang kurang upaya bagi membolehkan mereka meneruskan pengajian di UTeM,” katanya pada majlis perasmian Minggu Haluan Siswa yang disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron.

Seramai 358 pelajar peringkat diploma dan 2,063 orang mendaftar untuk ijazah sarjana muda bagi sesi kemasukan 2015/2016.

Beliau berkata, program B40 itu bagi memastikan setiap keluarga kurang berkemampuan sekurang-kurangnya mempunyai seorang anak dapat meneruskan ke peringkat pengajian tinggi untuk membantu mengubah kehidupan yang lebih baik.

Bagaimanapun katanya, keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dan matrikulasi menjadi keutamaan untuk layak memohon program itu.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");