Sukan Hari Ini

100 bertempur di Melaka

Melaka: Seramai 100 atlet dan pegawai seni mempertahankan diri dari 10 negara berkampung di Ayer Keroh bagi menyertai Kejohanan Dunia Tang Soo Doo ke-15, baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka Mohd Nadzri Yaakob berkata, peserta membabitkan wakil dari Amerika Syarikat, Australia, Belanda, Britain, Greece, Ireland, Korea Selatan, Latvia, Sepanyol dan tuan rumah.

Beliau berkata, kejohanan itu secara tidak langsung memberi kesan positif kepada industri pelancongan sukan di negeri itu dengan memperkenalkan seni mempertahankan diri yang kurang dikenali dalam kalangan masyarakat di negara ini.

“Kejohanan ini juga satu pengiktirafan besar kepada Melaka kerana acara ini bertaraf dunia. Antara lain objektif penganjuran adalah untuk menemukan jaguh dunia yang jarang beraksi di negara ini.

“Seni mempertahankan diri Tang Soo Doo bukan sekadar sukan sebaliknya individu yang mempelajarinya turut ditetapkan beberapa prinsip bagi memupuk ke arah pembangunan positif dalam diri dan masyarakat,” katanya.

Mohd Nadzri berkata, antara prinsip itu termasuk setia kepada negara, patuh kepada ibu bapa, orang yang lebih tua, hormat kepada jurulatih, senior dan tidak menyalahgunakan kemahiran seni bela diri untuk tujuan yang tidak sepatutnya.

“Saya berpendapat prinsip yang diamalkan Tang Soo Doo juga selaras dengan hasrat membentuk atlet berwawasan,” jelasnya.

– Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");