Jenayah

2 dipercayai tonto rempuh kenderaan Kastam direman seminggu

KANGAR: Dua lelaki direman tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung insiden rempuhan ke atas kereta penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Padang Besar, Jumaat lalu.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Norhayati Ibrahim, terhadap kedua-dua suspek berusia lingkungan 30-an selepas masing-masing ditahan polis berhubung insiden terbabit, semalam.

Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Shafie Ismail mengesahkan perkara itu dan kedua-dua suspek akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai.

Berdasarkan maklumat, kedua-dua ditahan di Padang Besar semalam, manakala kereta yang dipercayai digunakan untuk merempuh kenderaan dinaiki tiga penguat kuasa JKDM pula ditemui di Kuala Sanglang di Kedah.

Dalam kejadian itu pada Jumaat, tiga penguat kuasa JKDM cedera dengan dua daripadanya parah, selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta, dipercayai kumpulan ‘tonto’.

Kejadian kira-kira jam 4.15 pagi ketika MPV milik JKDM cawangan Padang Besar dinaiki tiga penguat kuasa itu, sedang mengekori tiga kenderaan pikap disyaki membawa rokok dan arak yang tidak dibayar cukai di kawasan Titi Tinggi di Padang Besar.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/88651

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");