Jenayah

Kepala hampir putus ditetak rakan

KAMPAR: Seorang tukang kebun warga Myanmar maut dengan kepala hampir putus dipercayai ditetak rakan senegaranya di Taman Kekal Pengeluaran Makanan di sini, pagi tadi.

Mangsa berusia 30an ditemui terbaring dengan beberapa kesan tetakan di bahagian kepala dan leher oleh penyelia kebun kira-kira jam 7 pagi.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, siasatan awal mendapati suspek yang sudah 2 tahun bekerja dikawasan itu tinggal bersama rakannya yang juga warga Myanmar.

“Bagaimanapun, identiti mangsa dan rakan senegaranya yang kita percayai suspek sedang dikenalpasti. Pada masa sama, kita sedang mengesan suspek yang kini telah melarikan diri.

“Kita percaya mangsa dan suspek dipercayai bergaduh namun, menolak kejadian ini berunsurkan samun,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");