Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Mohon Tambah Prasarana (CIQ) Di LTSAS

IPOH: Kerajaan negeri memohon bantuan dan kerjasama daripada Kerajaan Persekutuan untuk membantu menambah prasarana sekaligus menyediakan kemudahan yang lebih baik kepada penumpang yang menggunakan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS).

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir keperluan kepada kemudahan Kompleks Imigresen, Kuarantin dan Kastam (CIQ) adalah diperlukan kini berikutan penambahan jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan berkenaan di lapang terbang tersebut.

“CIQ merupakan keperluan yang sangat mendesak untuk disediakan ialah malah sebelum ini pihak kerajaan negeri menekankan aspek ini sejak perancangan untuk membina bangunan ini lapangan terbang berkenaan.

“Namun pembinaan ketika itu tidak mengambil kira perancangan dengan jangkaan pelancong yang menggunakan lapangan terbang yang juga kian bertambah,” katanya dalam satu sidang media sejurus selepas mesyuarat exco hari ini.

Ujarnya lagi, kini LTSAS berhadapan dengan masalah kekurangan kemudahan berikutan dengan penambahan jumlah penumpang khususnya bagi mendapatkan perkhidmatan CIQ.

“Masalah itu menyebabkan penumpang terpaksa beratur panjang sehingga diluar dan ini tidak selesa kepada mereka yang datang,” katanya.

Tambahnya lagi, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan telah diarahkan bagi berusaha mendapatkan bantuan mengatasinya atau tampil dengan pendekatan baharu supaya mampu memberikan keselesaan kepada penumpang kelak.

Tambah Zambry lagi, perancangan pembangunan lapangan terbang berkenaan telah membuahkan hasil dan merancakkan penerbangan setakat hari ini meskipun terdapat pihak tertentu meramalkan bahawa lapangan terbang berkenaan tidak mampu untuk beroperasi memandangkan terdapat lapang terbang lain yang berhampirannya.

Jelasnya lagi, salah satu syarikat penerbangan iaitu Malindo Air mencatatkan kekerapan penerbangan melibatkan destinasi (Singapura-Ipoh-Singapura) sebanyak tujuh kali dalam seminggu iaitu sekali sehari Boeing 737-800 berkapasiti 168 penumpang.

“Malindo Air menyediakan perkhidmatan Johor Bahru-Ipoh-Johor Bahru sebanyak 4 kali seminggu kapasiti 72 penumpang.

“Manakala bagi Sriwijaya Air (Kuala Namu-Ipoh-Kuala Namu) melibatkan empat kali penerbangan seminggu dengan kapasiti 500 penumpang,” katanya.

PERAKTODAY1 (21)

Terdahulu beliau menyaksikan perjanjian program promosi dan pemasaran di antara kerajaan Negeri dan Malindo Airways SDN.BHD untuk melaksanakan program promosi dan pemasaran Ipoh bagi tempoh lima tahun.

Upacara menandatangani perjanjian berkenaan di antara Setiusaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan selaku wakil kerajaan Negeri dan Pengurus Besar Bahagian Komersil Malindo Air, Hariss Abdullah berlangsung di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Setakat ini juga Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah telah berjaya menarik empat syarikat penerbangan dengan nilai puratanya 4 hingga 5 penerbangan malah bagi syarikat penerbangan Malindo sahaja telah mengendalikan hampir 10,000 pelancong dan penumpang datang ke negeri ini

“Dengan jumlah penerbangan yang ada sehingga tahun lalu sahaja pengendaliaan penumpang bagi tahun 2014 sahaja sudah mencecah kepada 98,768 orang.

“Peningkatan itu sebanyak 32.9 peratus manakala setakat Bulan Ogos 2015 ini sebanyak 124,237 penumpang menggunakan lapangan terbang berkenaan,” ujarnya lanjut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");