Membawang Hari Ini

Tiada babak bersentuhan

Selepas Izzue Islam, pelakon kacak Syarul Ridzwan pula meletakkan syarat tiada babak bersentuhan dengan wanita baik dalam drama mahupun teater.

Bukan berlagak alim sebaliknya Syarul yang menunaikan umrah pada Ramadan lalu mahu melaksanakan kewajipannya terhadap agama.

Pemilik nama sebenar, Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 26, ini bersyukur kerana ramai produser dan pengarah menghormati prinsip itu.

“Setakat ini, penerbit dan pengarah tak ada masalah memenuhi syarat ini.

“Sebelum menandatangani sebarang kontrak lakonan, saya akan berbincang dengan penerbit dan pengarah mengenai perkara itu terlebih dulu.

“Kalau mereka bersetuju barulah saya teruskan kontrak berkenaan. Justeru, tidak timbul isu saya menyusahkan produksi.

“Drama kau Aku Kita terbitan JS Pictures Sdn Bhd yang akan bersiaran di slot Lestary TV3 tidak lama lagi misalnya, penerbitnya, Sheila Rusly menghormati pendirian saya. Dia dan suaminya, Jinggo memberi kelonggaran kepada saya untuk menzahirkan sesuatu babak tanpa perlu bersentuhan dengan pelakon wanita,” katanya.

Bukan saja drama, Syarul turut menarik nafas lega apabila penerbit teater juga menghormati keputusannya itu.

Terbaru, dia bakal beraksi dalam pementasan teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck yang dipentaskan di Panggung Sari Istana Budaya (IB) pada 12 hingga 18 Oktober ini.

Teater adaptasi karya agung Profesor Hamka itu terbitan CTRA Production dengan kerjasama IB.

Syarul diberi kepercayaan melakonkan watak Muluk, pencerita dan kawan baik pemain utama, Zainuddin dalam pementasan yang diterajui pelakon popular Amar Baharin dan Nabila Huda itu.

Pelakon yang menempa nama menerusi drama Romi Cinta Julia ini berkata dirinya masih dalam proses mendalami ilmu agama.

“Saya belajar mendidik diri menjadi umat Islam yang lebih baik dari semasa ke semasa.

“Antaranya saya cuba tidak bersalaman dengan pelakon wanita.

“Adakalanya terlepas pandang juga, tetapi akan saya perbaiki,” katanya.

Sepanjang tempoh tiga tahun mencanai bakat sebagai pelakon, dia sudah beraksi dalam banyak drama antaranya Love You Mr Arrogant, Puteri Bukan Nama Sebenar dan Hati Perempuan.

Dalam perkembangan lain, selepas berjaya sebagai tauke kuih raya Syarul mengembangkan lagi cabang bisnes dengan menjual bedak sejuk yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");