Isu Panas

Izzah tidak rela digelar pengkhianat

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, beliau tidak rela digelar pengkhianat sedangkan beliau tidak bersalah apabila dituduh manjadi dalang serangan tentera Sulu di Lahad Datu, Sabah dua tahun lalu.

Nurul Izzah berkata, beliau kesal apabila gambarnya bersama Jacel Kiram disebarkan telah diputar belitkan.

“Saya kesal dan memohon maaf apabila gambar tersebut menyebabkan luka lama berdarah kembali,” katanya.

Sehubungan itu katanya beliau mengambil tindakan saman terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Ibrahim dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi mempertahankan nama dan serangan yang dihadapinya.

Menurutnya disebabkan itu dia disiasat di bawah Akta Pencegahan Keganasan (Pota) dan Akta Kesalahan Keselamatan (Sosma).

Katanya, beliau bersedia untuk menjelaskan semuanya dan dijangka akan ke Bukit Aman jam 4 petang esok untuk diambil kenyataan bersama peguam R. Sivarasa.

“Saya tidak bersedia dan tidak rela digelar pengkhianat pada masa saya tidak bersalah,” katanya ketika ditemui di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sejurus peguamnya, Lathefa Koya dan N. Surendran memfailkan saman.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");