Sukan Hari Ini

Man United gagal menyengat

MANCHESTER: Manchester United kendalian Louis van Gaal mensia-siakan peluang untuk mara terlebih awal ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah selepas hanya seri 0-0 dengan PSV Eindhoven di Old Trafford, awal pagi tadi.

Ketika Old Trafford merakam saat 10 tahun pemergian pemain legendanya, George Best, tuan rumah memerlukan kemenangan ke atas PSV, sebaliknya memilih jalan sukar sehingga terpaksa menunggu perlawanan terakhir Kumpulan B.

Sekurang-kurangnya dua peluang paling terdedah untuk United menjaringkan gol menerusi Jesse Lingard namun bola gagal membolosi gawang lawan selepas menguasai perlawanan pada separuh masa pertama.

PSV nyata memperkemaskan semua sudut permainan apabila masuk masa kedua sehingga United gagal memberikan ancaman berbisa.

Kesukaran ditambah lagi apabila pasukan dalam kumpulan sama, Wolfsburg mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas CSKA Moscow di gelanggang lawan.

Keputusan itu menyaksikan United perlu menang dalam pertemuan dengan Wolfsburg di Jerman pada 8 Disember ini untuk memastikan tempat dalam kelompok 16 pasukan terakhir.

PSV di bawah bimbingan Phillip Cocu meragut empat mata daripada United, selepas menang 2-1 di Belanda pada September lalu.

PSV berpeluang cerah sekiranya menewaskan CSKA dengan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri untuk mara bersama Wolfsburg yang kini menduduki tangga teratas kumpulan dengan satu mata di depan United. – AFP/Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");