Jenayah

Tak bertamadun

Kuala Lumpur: “Tindakan ganas dan tidak bertamadun. Polis perlu siasat dan ambil tindakan wajar,” ujar penganalisis jenayah Datuk Akhbar Satar berhubung penyebaran rakaman video memaparkan kejadian seorang lelaki dipercayai penuntut sebuah universiti dibuli serta dipukul oleh sekurang-kurangnya enam lelaki lain.

Rakaman video berdurasi selama seminit yang dikongsi di laman Facebook itu menunjukkan mangsa turut diikat dan dipukul kumpulan lelaki berpakaian kemas.

Klip video itu menunjukkan mangsa berpakaian kemeja putih dengan tangannya diletakkan di belakang badan, berulang kali ditampar serta ditumbuk pada tubuh dan mukanya selain turut diseret pembulinya.

Akhbar berkata, rakaman video buli itu dikaitkan dengan kejadian di sebuah universiti terkemuka tempatan di Lembah Klang.

“Walaupun tidak dapat dipastikan lokasi sebenar namun perkara itu tidak wajar berlaku apatah lagi jika pembuli adalah penuntut universiti yang perlu menunjukkan contoh terbaik kepada masyarakat.

“Warden kolej juga perlu peka dan bertanggungjawab terutama membabitkan isu sebegini yang boleh mendatangkan kecederaan kepada mangsa selain mencemarkan imej institusi pengajian tinggi awam,” katanya.

Menurutnya, kejadian buli dan pukul tidak wajar terus berlaku apatah lagi kes seumpama itu semakin kerap dilaporkan media.

Berdasarkan rakaman video itu, turut kedengaran suara perakam video itu mengkritik tindakan kumpulan pembuli yang mendera mangsa beramai-ramai.

Malah turut kelihatan dua individu memakai baju kemeja putih melalui kawasan itu namun enggan menghulurkan bantuan terhadap mangsa yang dipercayai dibuli penuntut senior.

Sementara ituu Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Chong Kok Sin yang dihubungi mendakwa pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian buli berkenaan.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");