Sukan Hari Ini

Tawaran RM5.12 juta hanya spekulasi

PENGENDALI Barcelona, Luis Enrique menegaskan bahawa pihaknya belum membuat sebarang rundingan bersama Manchester City berhubung hasrat kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu untuk memancing Lionel Messi.

Malah Enrique juga menafikan tawaran City yang sanggup membayar 800,000 pound (RM5.12 juta) seminggu kepada bintang penyerang Argentina itu supaya berpindah ke Etihad.

“Mengenai tawaran untuk Messi itu hanya khabar angin sahaja, dan soal perpindahan ini tidak wujud sama sekali.

“Saya tidak risau kerana bagi saya ia hanyalah spekulasi,” katanya.

Media Britain, The Sun sebelum ini melaporkan, ejen pemain berusia 28 tahun itu sudah mengadakan rundingan awal dengan City mengenai potensi perpindahannya ke EPL.

Jika persetujuan dicapai, Messi akan menikmati gaji 40 juta pound (RM256 juta) setahun.

Messi kini menerima gaji mingguan 500,000 pound (RM3.12 juta) di Barcelona dan kontraknya akan berakhir dua tahun lagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");