Membawang Hari Ini

Amyza harap Siti Nurhaliza tabah hadapi dugaan

PELAKON, Amyza Adnan pada pelancaran drama Spy M di Sri Pentas,TV3. – Foto Munira Abdul Ghani
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, Amyza Aznan menyatakan rasa simpati berhubung keguguran yang dialami penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Amyza, 38, yang pernah mengalami keguguran ketika kandungannya berusia dua bulan, berharap Siti tabah menempuh dugaan itu dan mendoakan beliau dikurniakan zuriat dalam tempoh terdekat.

“Baru saja seluruh Malaysia mendoakan yang terbaik untuk Siti namun pasti ada hikmah di sebalik berita sedih ini. Umum tahu bagaimana Siti begitu menginginkan cahaya mata namun saya doakan hajat itu akan tercapai dalam masa terdekat.

“Lagipun Siti masih muda pada usia 36 tahun, saya pula gugur pada usia 39 tahun. Insya-Allah masih banyak masa lagi untuk Siti diberikan rezeki lain. Saya nasihatkan Siti menjalani proses berpantang dengan baik kerana prosedur itu penting untuk wanita.

“Kebiasaannya wanita lebih mudah untuk mengandung selepas mengalami keguguran kerana rahim sudah dibersihkan sepenuhnya. Seperti saya, selepas dua bulan keguguran, saya disahkan mengandung anak bongsu saya ini.

“Saya pernah mengalami keguguran kerana terlalu sibuk dengan jadual penggambaran sehingga lupa saya mengandung dua bulan pada ketika itu. Oleh itu saya menasihatkan kepada Siti untuk mendapatkan rehat secukupnya sekiranya disahkan hamil lagi.

“Kandungan itu sememangnya ‘fragile’ pada peringkat awal jadi penting untuk kita memperlahankan kerjaya seni dan duduk berehat. Nasihat ini bukan saja untuk Siti, tetapi juga kepada semua kaum wanita yang ingin bergelar ibu,” katanya kepada BH Online.

Pagi tadi, Siti memuat naik gambar berserta kenyataan bahawa beliau keguguran selepas dua bulan mengandung.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");