Perak Hari Ini

Cadangan Jadikan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sebagai Pusat Pakar

IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mencadangkan agar Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak dijadikan sebagai pusat pakar untuk melakukan pembedahan dan memberi perkhidmatan kepada binatang peliharaan.

Ujarnya, Jabatan Perkhidmatan Veterinar berkenaan merupakan satu jabatan yang besar yang turut memberi perkhidmatan daripada segi kajian-kajian penyakit dan melakukan pembedahan-pembedahan untuk binatang peliharaan.

Jelasnya, kedudukan jabatan berkenaan di kawasan bandar memberikan kelebihan untuk menjadinya sebagai pusat pakar untuk haiwan peliharaan dan ianya merupakan satu potensi yang baru.

PERAK TODAY 3

“Saya lihat hari ini permintaan untuk perkhidmatan binatang kesayangan ini sangat tinggi dan mungkin dengan ini, mereka boleh mencantikkan lagi ataupun menyediakan peralatan-peralatan yang lebih dikemaskini di jabatan berkenaan.

“Ini adalah sesuatu yang baru, saya lihat kecenderungan masyarakat yang menyayangi haiwan dan sebagainya boleh menjadi satu potensi baru bukan sahaja untuk perniagaan semata-mata, tetapi untuk pencinta haiwan membawa haiwan ke sini,” kata beliau lagi.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Bantuan Ternakan PINTAF dan Pembangunan Padang Ragut Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak di sini, hari ini.

PERAK TODAY 5

Zambry turut menjangkakan sekiranya pusat ini dapat diperkembangkan lagi dengan penyediaan prasarana dan bangunan yang baru, ia mampu memberikan pulangan yang baik.

“Sekurang-kurangnya di Perak kita ada satu pusat yang besar kalau tidak pun untuk peringkat negara, tetapi kita boleh membuat diperingkat zon.

“Diperingkat Koridor Utara contohnya, Perak boleh dijadikan sebagai pusat perkhidmatan untuk binatang kesayangan,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");