Sukan Hari Ini

Turki tak akan minta maaf

Brussels: Perdana Menteri Turki semalam berkata, negaranya tidak akan meminta maaf kepada Russia kerana menembak jatuh pesawat pejuang negara berkenaan yang menceroboh ruang udaranya di sempadan Syria.

Ahmed Davutoglu juga berkata, negaranya berharap Moscow akan menimbang semula sekatan ekonomi yang diumumkannya berikutan kejadian minggu lalu.

Bercakap kepada pemberita di Brussels, Ahmed berkata: “Baik Perdana menteri atau Presiden Turki tidak akan meminta maaf. Apa yang berlaku ialah tugas kami.”

Dia berkata demikian selepas berbincang dengan Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenberg.

Ahmed juga menjelaskan, Turki masih membuka pintu rundingan dengan Russia mengenai cara untuk mengelak kejadian serupa berulang.

Pegawai Russia sebelum ini berkata, Presiden Vladimir Putin enggan menerima panggilan telefon daripada Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan kerana keengganan Ankara memohon maaf.

Russia yang terbabit dalam serangan udara di Syria ke atas kumpulan penentang rejim Bashar al-Assad bertegas mendakwa pesawat itu tidak menceroboh ruang udara Turki.

Sementara itu, Turki semalam menghantar pulang mayat juruterbang Russia yang terbunuh dalam kejadian itu.

Sebuah pesawat Russia yang membawa mayat Oleg Peshkov berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Esenboga di Ankara, menuju ke Russia, lapor agensi berita Anatolia.

Ia bagaimanapun, tidak memberi butir lanjut.

Mayat Peshkov sebelum ini dibawa dari Syria ke selatan Turki dan kemudian diterbangkan ke Ankara.

Kedua-dua juruterbang pesawat Su-24 itu berjaya menyelamatkan diri dengan terjun menggunakan payung terjun di sebelah sempadan Syria selepas pesawat mereka ditembak oleh jet F-16 Turki pada 24 November lalu.

Punca kematian Peshkov belum dapat dijelaskan sepenuhnya sementara juruterbang kedua Konstantin Murakhtin berjaya diselamatkan dan sudahpun diwawancara media Russia.

Kejadian itu memburukkan hubungan antara kedua-dua negara dengan Moscow, rakan perdagangan utama dan pembekal tenaga terbesar Turki merancang mengenakan sekatan ekonomi ke atas Ankara.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");