Membawang Hari Ini

Tak kisah video parodi

Walaupun dilontar dengan pelbagai kritikan, pemilik dan pengasas Vida Beauty Cosmetic, Datuk Seri Dr Hasmizah Othman, 43, atau Datuk Seri Vida tetap berfikiran positif.

Vida berkata, dia tidak menganggap tindakan segelintir individu menghasilkan video parodi meniru gayanya ketika program Gegar Vaganza 2 (GV2) hingga viral di Internet itu sebagai negatif, sebaliknya lebih kepada usaha promosi.

“Ada yang suka dan ada yang mencaci. Ada juga yang menjadikan kata-kata dan aksi saya sebagai bahan jenaka. Bagi saya, apa yang saya lakukan berlaku secara semula jadi.

“Saya mahu produk saya dikenali dan digunakan pelbagai peringkat umur. Tak sangka pula dengan ‘tagline’ ‘Qu Puteh, Qu Puteh, Barulah Putih’ itu, nama saya melonjak dan produk saya semakin popular,” katanya.

Menurut usahawan ini, dia tahu apabila aksinya itu menjadi bualan dan ikutan ramai, mesej yang ingin disampaikannya melekat di hati orang ramai.

Vida berkata, dia punya alasan tersendiri menggunakan program hiburan di TV untuk meluaskan lagi sasaran pengguna produknya.

“Kalau setakat berniaga seperti biasa, sasaran pelanggan adalah terhad, tetapi apabila disalurkan di TV, sasaran penonton dan pelanggan baru juga akan bertambah,” katanya.

Menganggap sambutan yang diberikan peminat terhadap program GV2 sebagai sesuatu yang luar biasa, Vida berkata, nilai jualan produknya turut terkesan.

Sebelum ini, Vida pernah menaja beberapa program hiburan seperti Anugerah Juara Lagu 29 (AJL), Gegar Vaganza 1 dan Qu Puteh Bintang Bersama Bintang.

Selepas ini, beliau akan terbabit dengan program AJL30 dan satu lagi program terbitan TV3 yang akan diumumkan.

Selain itu, Vida juga bakal menerbitkan siri animasi kanak-kanak mengenai Qu Puteh.

Dalam pada itu, Vida kini bahagia bersama suami, Fairuz Ahmad Zainuddin menerusi perkahwinan terbarunya pada 3 Oktober lalu di samping dua anaknya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 10, dan Muhammad Eric Zacquan, 8.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");