Berita Hari Ini

Daulat gesa tarik gelaran ahli G25

ALOR SETAR – Persatuan Bekas Angkatan Tentera Tidak Berpencen (Daulat) menggesa supaya gelaran Datuk, Datuk Seri dan Tan Sri kepada sekumpulan bekas penjawat awam, G25 ditarik semula.

Presidennya, Mohamad Shabudin Teh berkata, ia kerana gelaran yang diberikan kepada mereka tidak menggambarkan sikap sebagai bekas penjawat awam selain menghina kedaulatan undang-undang Syariah.

“Saya rasa terpanggil untuk mengutuk sekerasnya cadangan G25 yang memang tidak relevan serta boleh menggugat keharmonian masyarakat.

“Mereka dengan sewenangnya mahu mengubah syariat Islam dengan menjadikan khalwat bukan kesalahan dan tidak diambil tindakan,” katanya.

Menurutnya, cadangan kumpulan itu yang mahu hukuman khalwat dimansuhkan kerana melanggar hak privasi individu juga adalah tidak wajar kerana melanggar hukum ALLAH.

“Kita tahu kebanyakan mereka yang sertai G25 terdiri daripada Datuk, Datuk Seri dan Tan Sri.

“Oleh itu, Persatuan Datuk-Datuk dan Majlis Raja-raja Melayu perlu menarik semula gelaran yang telah dikurniakan kepada mereka.

“Ini kerana kebodohan mereka yang tidak memikirkan soal umat Islam serta menghina agama Islam sendiri,” katanya.

Tegasnya, gelaran tersebut tidak sepatutnya dikurniakan kepada mereka kerana secara tidak langsung telah menghina Institusi Raja-raja.

Pada penghujung tahun lalu, kumpulan G25 mahu penubuhan sebuah jawatankuasa perunding bagi membincangkan untuk meminda atau memansuhkan beberapa undang-undang Syariah.

Antara yang dicadangkan untuk dimansuhkan ialah hukuman terhadap perbuatan berkhalwat yang didakwa melanggar hak kebebasan seseorang seperti termaktub dalam Perlembagaan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");