Isu Panas

Lebih elok Pas tumpu selesaikan masalah sendiri

SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) berpendapat bahawa Pas sebaiknya lebih banyak menumpukan usaha dalam menyelesaikan isu yang berlaku dalam negeri Kelantan dan parti itu sendiri.

Ini kerana menurut Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefli Ahmad, penyelesaian isu rakyat dan masalah parti itu lebih penting berbanding isu ahli Amanah berpaling tadah menyokong perjuangan parti itu.

“Sebenarnya saya malas melayan pimpinan yang mengeluarkan kenyataan seperti ini. Negara berdepan kebrantakan paling dahsyat dalam sejarah politik negara dan yang disibukkan hanya perkara keluar dan masuk ahli sahaja.

“Isu kelantan pun cukup banyak untuk diberi tumpuan, penerangan atau pencerahan,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Kelmarin, Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan mendakwa beliau mempunyai bukti ada ahli Amanah yang mengubah haluan menyokong perjuangan Pas.

Mengulas kenyataannya berhubung perkara itu baru-baru ini, Takiyuddin meminta kepimpinan Amanah untuk menyiasat sendiri perkara itu kerana beliau tidak akan mendedahkan nama-nama individu yang terlibat.

Dalam pada itu, menurut Dzulkefly lagi, Amanah tidak pernah menyekat mana-mana ahlinya untuk kembali kepada Pas.

“Maka sekarang ini, yang kembali kepada Pas (boleh dikatakan) sudah ‘tidak sesat dan tidak terkeluar Islam’ lah ya. Yang masih ramai ahli Pas menyeberang ke Amanah masih ‘sesat’ lagi ke?

“Berilah ahli peluang membuat keputusan..kemana pun mereka nak pergi kerana mereka ‘mukallaf’ yakni akan dipertanggungjawab sendiri oleh ALLAH. Kami tak sekat sesiapa pun yang mahu kembali kepada Pas kerana mereka masuk Amanah dulu pun kami tidak paksa atau berikan apa-apa habuan,” katanya lagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");