Sukan Hari Ini

Pemain Kedah Tidak Diberi Pilihan – Ketua Pasukan

BARISAN pemain Kedah tidak mempunyai pilihan selain membawa pulang tiga mata penuh ketika bertandang ke Stadium Tun Abdul Razak, Jengka bagi menentang skuad Felda united pada Sabtu.

Ketua pasukan skuad Helang merah, Khyrul Helmi Johari berkata, matlamat itu mampu diperolehi berdasarkan semangat dan komitmen tinggi daripada rakan sepasukan sepanjang sesi latihan dan persiapan sejak awal Februari lalu.

“Tidak kira ketika beraksi pada enam perlawanan ujian atau latihan setiap petang, semua pemain menunjukkan komitmen dan kesungguhan serta tidak melepaskan peluang untuk membuktikan kewibawaan sebenar mereka.

“Persaingan sengit secara sihat antara pemain antara faktor terbaik Kedah mampu melakar kemenangan pertama dalam perlawanan sulung itu nanti.

“Sekarang pemain tahu bahawa nama atau pengalaman yang dimiliki tidak menjamin kedudukan mereka dalam kesebelasan utama tetapi hanya prestasi konsisten dengan aksi terbaik sahaja mampu membawa mereka ke dalam pandang,” katanya kepada mStar Online.

Khyrul Helmi menambah, setelah menjalani latihan selama 40 hari lalu, keadaan fizikal dan mental pemain berada pada tahap terbaik dan mereka kelihatan bersedia untuk mengharungi Liga Super musim ini yang pasti lebih sengit dan mencabar.

“Kami sedar tentang status pendatang baru Liga Super, sebab itu kami tidak menaruh harapan tinggi untuk menjuarai liga. Tetapi ini tidak menghalang kami untuk mengakhiri musim ini dengan berada di takhta teratas liga.

“Kehadiran Carlos Kahe yang mengantikan Chidi Edeh sebagai penyerang utama serta lima pemain muda dari skuad Harimau Muda sudah pasti memantapkan lagi pasukan Kedah dan akan memberi cabaran kepada lawan.

“Mereka (muka baru) seolah-oleh telah serasi dengan corak permainan yang diterapkan oleh Ketua Jurulatih, tan Cheng Hoe sejak musim lalu kepada kami.

“Mungkin lebih ini mereka akan menjadi lebih baik untuk memastikan kejayaan menjadi milik kita,” ujarnya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");