Sukan Hari Ini

Leicester Tewaskan City 3-1 Di Stadium Etihad

LEICESTER City terus mempamerkan aksi garang mengutip mata selepas menang 3-1 di hadapan penyokong Manchester City di Stadium Etihad, Sabtu malam.

Tiga hari lalu, Leicester yang dibimbing Claudio Ranieri membenam Liverpool 2-0 dan meneruskan rekod tanpa kalah mereka di Manchester.

Kemenangan ini mengukuhkan kedudukan The Foxes di tangga teratas liga dengan 53 mata, meninggalkan City di posisi kedua dengan 47 mata.

Robert Huth menggegarkan gol tuan rumah seawal minit ketiga permainan, manakala Riyad Mahrez menambah jaringan pada minit ke-48.

Huth yang bermain di posisi pertahanan menjadi pemusnah apabila sekali lagi menyumbat gol ketiga perlawanan pada minit ke-60.

Bagaimana pun City cuba bangkit merapatkan jaringan menerusi Sergio Aguero pada minit ke-87, namun sudah terlambat skuad Manuel Pellegrini itu untuk membuat kejutan.-MSTAR

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");