Perak Hari Ini

Rumah Baru Hadiah Sempena Tahun Baharu

IPOH : Sambutan perayaan Tahun Baru bagi warga emas Lin Hon Sing dan pasangan Loh Pong Ling pastinya kali ini lebih bermakna apabila kediaman didiami mereka kini bakal dibina semula setelah didapati ianya telah usang dan reput.

Khabar baik tersebut disampaikan menerusi kunjungan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ke kediaman pasangan itu di Jelapang pagi tadi.

Ujarnya, berdasarkan maklumat dan penelitian Kerajaan Negeri menerusi Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) telah bersetuju untuk membina semula rumah milik warga emas berkenaan.

PERAKTODAY1

“Pembinaan tersebut mengikut sistem dan panduan yang ditetapkan bagi pembinaan rumah golongan miskin.

“Saya mengadakan lawatan sempena tahun baru cina dengan mengadakan lawatan ke rumah yang pertama pagi ini dan ianya merupakan amalan tradisi saya untuk memilih sebuah rumah orang miskin bagi dilawati,” katanya selepas melawat pasangan warga emas tersebut di sini hari ini.

Tambahnya lagi lawatan itu juga sebagai tanda penghargaan untuk mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada mereka sekeluarga.

Beliau turut berkesempatan melihat sendiri keadaan kehidupan dan tempat tinggal pasangan tersebut dan beramah mesra.

Turut hadir sama isteri beliau, Datin Seri Saripah Zulkifli.

PERAKTODAY3

“Pihak YBUDR mengambil inisiatif bagi membina semula rumah mereka dan lihat keadaan rumah agak uzur dan memerlukan pembaikan dan pembinaan semula,” katanya lagi.

Jelasnya, pendekatan yang dilakukan ini antara usaha untuk mengurangkan bebanan dan mengembirakan mereka yang memerlukan semasa menyambut musim perayaan.

“Saya datang melihat bukan hanya pada musim perayaan semata, tetapi pada setiap masa malah apabila ada masalah sebegini terutamanya buat mereka yang dikategorikan miskin tegar pastinya kita akan mencari pendekatan melalui YBUDR,” katanya lanjut.

Pembinaan dan baikpulih rumah tersebut dijangka akan dijalankan selepas sambutan perayaan tahun baru.

PERAKTODAY

Sementara itu, menurut Lin Hon Sing 75, bantuan rumah tersebut merupakan hadiah tahun baharu yang cukup bermakna buatnya sekeluarga.

“Terima kasih kepada semua,” katanya ringkas.

Lin Hon Sing dan pasangan kini tinggal di rumah tersebut bersama dua anaknya dan tiga lagi cucunya yang didapati sudah mulai usang dan mengalami masalah anai-anai serta bocor pada bahagian atapnya.

PERAKTODAY4

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");