Panasnya Hari Ini

Syed Saddiq Dicabar Tunjuk Kehebatan Pada PRU-14

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin hari ini mencabar Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Abdul Rahman untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang akan datang.

Kata Bung, Syed Saddiq boleh membuktikan kehebatan dan pengaruhnya sekiranya Pendebat Terbaik Asia itu bertanding pada PRU-14 termasuk berdebat di Parlimen.

“Kalau Syed Saddiq rasa dirinya terlalu hebat saya cadangkan dia mencari kawasan untuk bertanding dalam PRU akan datang, di Kinabatangan pun dia boleh datang bertanding. Jangan cakap macam tin kosong,”katanya kepada portal berita Free Malaysia Today.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Syed Saddiq yang secara berterusan terus menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terutamanya yang melibatkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana RM2.6 bilion.

Syed Saddiq antara individu yang menyokong kuat Deklarasi Rakyat dan sering mendakwa bahawa beliau mewakili golongan muda.

Dalam masa yang sama, Bung Mokhtar berkata, Syed Saddiq yang merupakan pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu tidak layak untuk mengkritik Najib dan membuat dakwaan bahawa sokongan orang muda kepada Perdana Menteri semakin menurun kerana terlibat dengan skandal rasuah.

“Syed Saddiq harus sedar bahawa dia bukanlah remaja terbaik sehingga boleh membuat keputusan mengikut suka hati sendiri sehingga dia berani menggelar dirinya mewakili majoriti remaja Malaysia keseluruhan.

“Kalau pun Syed Saddiq tidak lagi menyokong BN, itu hak dia. Syed Saddiq tidak perlulah menggunakan media sosial untuk menunjukkan yang dia adalah remaja hebat atau luar biasa,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");