Sukan Hari Ini

Terbuka Malaysia: BAM lancar laman web rasmi

PEMINAT badminton di seluruh dunia akan berpeluang mendapatkan maklumat terkini mengenai acara Siri Super Premier Persekutuan Badminton Dunia (BWF) melalui laman sesawang Terbuka Malaysia yang dilancarkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Laman sesawang itu, www.badmintonmalaysiaopen.com, memuatkan maklumat tentang kejohanan serta keputusan, perkhidmatan jualan tiket dan cerita terbaharu mengenai pemain yang mengambil bahagian.

Pengurus besar BAM Lawrence Chew dalam satu kenyataan berkata laman sesawang itu akan memudahkan peminat memperoleh maklumat berkaitan kejohanan berprestij yang diadakan di Malaysia.

“Saya dengan sukacita ingin memaklumkan bahawa laman sesawang ini akan menjadi rujukan utama berkaitan kejohanan Siri Super Premier Terbuka Malaysia mulai sekarang kerana kami akan memuat naik gambar serta berita semasa mengenai pemain ketika berlangsungnya kejohanan.

“Ia juga akan menjadi platform maklumat jangka panjang bagi acara terbuka Malaysia akan datang,” katanya.

Bagaimanapun, kata Chew, disebabkan kekangan masa, ketika ini, fungsi laman sesawang itu agak terbatas, tetapi peminat tetap boleh mendapatkan maklumat terkini tentang kejohanan berkenaan.

Di samping laman sesawang itu, peminat badminton juga boleh mengikuti laman peminat Facebook BAM di https://www.facebook.com/badmintonassociationofmalaysia untuk mendapatkan maklumat. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");