Jenayah

Maut rempuh Myvi tiba-tiba belok

KUALA PILAH – Seorang remaja maut manakala rakan wanitanya parah dalam kemalangan jalan raya di kilometer 1.5 jalan Melang – Kuala Pilah, malam tadi.

Kemalangan pada jam 10.15 malam itu membabitkan sebuah motosikal jenis Honda Future dan sebuah Perodua Myvi.

Mangsa, Muhammad Farriz Haikal Sabahaurudin, 19, maut di tempat kejadian manakala rakan wanitanya, Nur Atikah Mokhtar, 20, cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah.

Pemandu Perodua Myvi bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

Difahamkan, mangsa dari arah Seremban ke Kuala Pilah telah merempuh Perodua Myvi yang secara tiba-tiba membelok ke kanan dari arah Kuala Pilah ke Seremban.

Ketua Polis daerah, Superitendan Luqman Abd Rahman mengesahkan kejadian dan kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");