Sukan Hari Ini

F1: Hamilton enggan mengaku kalah di Sochi

Russia: Lewis Hamilton berikrar untuk “tidak akan mengalah” dalam mempertahankan gelaran dunia selepas sekali lagi mengharungi kegagalan enjin dalam pusingan kelayakan di Grand Prix Russia, semalam.

Juara dunia tiga kali itu tidak dapat menduduki petak utama berbanding rakan sepasukannya di Mercedes, Nico Rosberg menduduki petak utama ke-24 buatnya.

Dia juga mengalami kegagalan enjin pada GP China di mana dia bermula di petak belakang dan mengalami kemalangan pada pusingan awal dalam kesemua tiga perlumbaan awal tahun ini.

Di Shanghai, dia mempamer peningkatan daripada kedudukan terakhir ke kedudukan tujuh. Kali ini dia berkata dia hanya perlu “untuk perbaiki daripada apa yang saya mulakan esok.

Tiada apa yang saya boleh lakukan. “Tetapi anda perlu tahu saya tidak pernah menyerah.”

Hamilton bagaimanapun diberi amaran kerana tindakannya memotong di satu selekoh semasa kelayakan.

Rosberg, yang memburu gelaran dunia pertamanya, mengambil kesempatan terhadap masalah rakan sepasukannya, dengan memenangi semua tiga perlumbaan musim ini bagi mendahului dengan 36 mata di depan Hamilton. – AFP/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");