Panasnya Hari Ini

Kerajaan Serius Tangani Isu Berkaitan Agama

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa Kerajaan sentiasa mengambil serius dalam menangani isu membabitkan agama Islam di negara ini merangkumi aspek keharmonian antara kaum.

Ujarnya media juga disarankan tidak mempolemikkan isu membabitkan pertukaran agama kerana peratusannya adalah kecil.

“Isu membabitkan Islam terletak di bawah bidang kuasa negeri dan kita ingin mengharmonikan beberapa peruntukan perundangan dan akta di peringkat persekutuan dan negeri.

“Peranan agensi seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan beberapa agensi lain hanya melakukan penyelarasan serta perbincangan jika membabitkan isu menukar agama.”

“Namun ia tidak boleh mengatasi peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia Jadual 9, Butiran 1, perkara 2 (berkaitan agama Islam) yang perlu dihormati,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah Masjid Ar-Rahman di Tumpat memetik sumber Berita harian.

Sementara itu beliau turut mengulas berkenaan isu pertukaran agama yang turut mendapat perhatian serius Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan apa yang sering diuar-uarkan dalam media agak keterlaluan.

Katanya, hakikatnya Perdana Menteri sentiasa berusaha untuk menzahirkan Islam sebagai agama yang adil dan menghormati kepelbagaian kaum.

“Beberapa kes pertukaran agama yang timbul membabitkan hak penjagaan anak dan sebagainya turut mendapat perhatian dan dibincangkan dalam jawatankuasa khas di bawah JPM,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");