Membawang Hari Ini

Khai Bahar Hilang Rasa Malu, Tidak Lagi Bergigi Jarang

PETALING JAYA: Penyanyi yang popular menerusi aplikasi karaoke simule, Khai Bahar yang pernah diejek kerana bergigi jarang tidak lagi berasa malu selepas dia mendapatkan rawatan di sebuah klinik pergigian untuk membetulkan sturktur giginya.

Khai atau nama sebenarnya Muhamad Khairul Baharudin, 22, berkata, ia berjaya membentuk keyakinan dirinya kerana kelemahan itu seringkali menjadi bahan usikan rakan-rakan dan peminat.

“Hasrat nak betulkan gigi saya tu sebenarnya dah lama iaitu sebelum dikenali lagi tetapi baru dua hari lepas saya nekad untuk melakukannya, tanpa paksaan sesiapa.

“Yalah, bila dah bergelar artis, saya perlu berhadapan dengan ramai orang dan situasi ini sedikit-sebanyak menimbulkan rasa segan dan kurang yakin dalam diri apatah lagi bila ada yang memperkatakan tentangnya di ruang komen Instagram.

“Justeru, saya ambil keputusan untuk membuat rawatan tersebut di Klinik Pergigian Raihan,” katanya kepada mStar Online.

Ujar Khai, proses rawatan itu mengambil masa selama empat jam di mana gigi hadapannya perlu ditampal bagi mengelakkan ia nampak jarang dan tentu sekali ia dapat menghilangkan rasa malu,” katanya sambil bergurau dia berasa seperti mahu sentiasa tersenyum.

Dalam pada itu, Khai yang sebelum ini dilihat sering menyanyi tanpa memperlihatkan giginya di mana-mana video di laman sosial mengakui itu antara caranya untuk menutup kekurangan tersebut.

Pun begitu, dia mengakui tidak pernah tersinggung tentang usikan mana-mana pihak selain menyifatkan kekurangan itu jugalah membawa tuah kepadanya.

Sementara itu dalam perkembangan sama, Khai menjelaskan selepas hasil rawatan giginya itu dikongsi di laman Instgram, dia menerima banyak komen daripada peminat yang menyokong dan ada juga menentang tindakannya itu.

“Selepas memuat naik hasil rawatan gigi saya di Instagram, banyak komen daripada peminat yang saya terima.

“Ada yang suka dan ada yang gemar dengan gigi yang dulu kerana kata mereka di situlah keunikan saya.

“Apa-apa pun pandangan mereka, saya hargai dan berharap tiada yang mempertikaikan lagi setelah saya jelaskan di sini,” katanya.

Bercerita tentang kehidupannya setelah dikenali ramai, kata Khai semuanya tidak banyak berubah dan dia masih melakukan rutin hariannya seperti biasa.

“Kalau berbeza mungkin dari aspek kesibukan kerana jadual kerja seni saya sentiasa penuh diaturkan pihak syarikat rakaman.

“Namun daripada aspek kehidupan peribadi, saya masih bebas ke mana-mana sahaja tanpa perlu rasa rimas ditegur peminat,” katanya.

Khai Bahar yang kini bernaung bawah syarikat rakaman NAR Records menjadi popular selepas lagu duetnya menerusi aplikasi simule bersama Siti Nordiana dengan lagu Memori Berkasih menjadi viral di Internet.

Lagu nyanyiannya itu juga mendapat lebih sejuta tontonan di YouTube.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");