Jenayah

Maut kereta golf masuk parit

Port Dickson: Pemain golf maut apabila kereta golf dinaiki terbalik dalam parit di Kelab Golf Port Dickson di sini, petang tadi.

Mangsa, Abdul Ghafar Mohamad Ali, 63, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Port Dickson selepas kejadian, 5 petang tadi.

Difahamkan, mangsa dijumpai oleh rakannya sebelum meminta pertolongan orang lain yang berada di sekitar kawasan itu.

Rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, dia nampak kereta golf dinaiki Abd Ghafar di dalam parit dan cuba menariknya keluar.

“Selepas lima minit baru kereta golf itu diangkat dan mangsa ditarik keluar dalam keadaan berselut.

“Kepala mangsa dikatakan terbenam dalam lumpur sedalam satu meter. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Port Dickson namun pegawai perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Zainudin Ahmad berkata, pihak polis ada menerima laporan kejadian dan siasatan masih dijalankan.

“Mayat dibedah siasat esok hari (hari ini ) bagi mengetahui punca kematian mangsa,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");