Membawang Hari Ini

Malam Feroz, Nasir, Ogy….

Kuala Lumpur: Drama Kereta Kita arahan Feroz Kadir dinobatkan sebagai Drama TV Terbaik, malah Feroz turut dinobatkan sebagai Pengarah Drama TV Terbaik pada Anugerah Seri Angkasa 2016 (ASA 2016), malam tadi.

Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik menjadi milik Nasir Bilal Khan melalui drama Harus Terpisah dan Fauziah Ahmad Daud atau Ogy membawa pulang trofi Pelakon Wanita Drama TV Terbaik melalui drama sama.

Drama Lorong Kecil ke Syurga arahan Raja Mukhriz yang bersiaran di TV9 mencatat sejarah manis tersendiri apabila membawa pulang trofi tiga kategori di Anugerah Seri Angkasa 2016 (ASA 2016), malam tadi.

Drama itu dipilih pemenang untuk kategori Skrip Drama TV Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Drama TV Terbaik melalui Kodi Rasyeed dan Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik, Raja Ilya.

Drama berjudul Wadi pula dinobatkan sebagai Drama TV Bersiri Terbaik.

Pelakon Lelaki Drama Radio dimenangi Fizz Fairuz melalui drama Seindah Langit Ramadan (IKIMfm) dan Pelakon Wanita Drama Radio Terbaik milik Elly Mazlein melalui drama Detik Itu (Khas Hari Kebangsaan) yang pernah bersiaran di Radio Klasik.

Drama radio berjudul Pengembara Masa Depan di saluran Aifm membawa pulang trofi untuk dua kategori yakni Drama Radio Terbaik dan Skrip Drama Radio Terbaik.

ASA 2016 yang berlangsung untuk malam kedua menyaksikan sebanyak 27 anugerah disampaikan iaitu 18 menerusi kategori TV dan sembilan bagi kategori radio.

Berikut senarai keseluruhan pemenang malam ini:

1. Pesanan Khidmat Awam (PSA) Radio Terbaik – Domestic Violance (ONEfm)

2. Rancangan Hiburan Radio Terbaik – Juara Bertemu Juara Bintang Klasik 2015 (Radio Klasik)

3. DJ Radio Wanita Terbaik – Ooi Yin Yin (Aifm)

4. DJ Radio Lelaki Terbaik – Liang Kim Loong (Aifm)

5. Skrip Drama Radio Terbaik – Pengembara Masa Depan (Aifm)

6. Drama Radio Terbaik – Pengembara Masa Depan (Aifm)

7. Pelakon Lelaki Drama Radio Terbaik – Fizz Fairuz.

8. Pelakon Wanita Drama Radio Terbaik – Elly Mazlien.

9. Pengimbangan Muzik Terbaik – Anugerah Meletop Era (Astro Ria)

10. Liputan Khas Siaran Langsung TV Terbaik – Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor (TV1)

11. Penataan Cahaya Penerbitan Hiburan TV Terbaik – Anugerah Meletop Era (Astro Ria)

12. Majalah TV Terbaik – Xplorasi Merapoh Episod 3 (TV1)

13. Buletin Berita TV Terbaik – Nasional 5 (TV1)

14. Penyampai Berita TV Terbaik – Shahril Sarapudin (Nasional 8, TV1)

15. Wartawan TV Terbaik – Kamarul Bahrin Haron (Agenda Awani – Diplomasi Rakyat Pak Jokowi, Astro Awani)

16. Komedi TV Terbaik – Mail & Sudin Sambut Ramadan (Astro Oasis)

17. Hiburan Muzikal TV Terbaik – International Super Star Grand Final 2015 (Astro Vinmeen)

18. Pelakon Komedi TV Terbaik – Kazar Saisi.

19. Pelakon Kanak-Kanak TV Terbaik – Azuan Fitri.

20. Pengacara TV Terbaik – Kamarul Bahrin Haron (Agenda Awani: Setahun MH370, Astro Awani)

21. Skrip Drama TV Terbaik – Lorong Kecil ke Syurga (TV9)

22. Drama TV Bersiri Terbaik – Wadi (TV3)

23. Pelakon Wanita Drama TV Terbaik – Fauziah Datuk Ahmad Daud.

24. Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik – Nasir Bilal Khan.

25. Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2016 – Datuk Rahim Razali.

26. Pengarah Drama TV Terbaik – Feroz Kadir.

27. Drama TV Terbaik – Kereta Kita.

-Harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");